Kita kata aku sayang dan cinta Allah SWT, namun banyak masa kita
mengingkari perintah Allah SWT dan tidak mengingati akan Allah SWT. Kita
kata, aku sayang Rasulullah SAW, namun kita tidak mahu untuk mengikuti
sunnah Baginda SAW. Bahkan ada di antara kita yang sanggup
mempersendakan dan mempermainkan sunnah Rasulullah SAW. Kita kata aku
cinta Ibubapaku, namun kita selalu lupa untuk mendoakan mereka, kita
selalu mengguris hati mereka dan kita selalu mengabaikan mereka. Kita
kata aku cinta kepada sahabatku, namun banyak keadaan kita mengutamakan
diri kita berbanding mereka, kita dengki dengan mereka bahkan kita
menyakiti diri mereka.
Adakah ini yang dikatakan cinta? Siapa yang tidak mampu untuk menyatakan aku cinta, aku sayang, aku kasih. Namun, berapa ramai yang mampu membuktikan dengan tindakan dan perbuatan. Hakikatnya, kita GAGAL dalam bercinta, Aku GAGAL dalam bercinta.
Pun begitu, ingatlah bahawa cinta Allah SWT mengatasi segala kesalahan dan kekhilafan kita. Kerana cintalah Allah SWT menyediakan ruang dan peluang untuk kita kembali menyemai dan mencari cinta yang sejati dan hakiki. TAUBAT. Inilah jalan yang Allah SWT bukakan kepada kita untuk kita menginsafi segala kesalahan kita dalam bercinta. Cubalah dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan kelak, AKU BERJAYA DALAM CINTA.
Cinta kan Allah cinta sebenarnya, Itulah cinta yang sejati. Kasihlah sesama manusia. Kerna cinta yang hakiki. Hanya untuk Tuhan yang Esa. Burulah cinta hakiki ini, kerana hanya dengan cinta inilah, kita akan mendapat ketenangan dan kedamaian di dunia dan diakhirat. Selamat BERCINTA buat kalian semua. Semoga CINTA ALLAH SWT bersama kita semua.

No comments:
Post a Comment