• Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan. Sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.
  • Hiduplah Sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. 
  • Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya 
  • Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
  • Seorang yang menjadi hamba kepada nafsunya adalah lebih hina daripada hamba kepada seorang hamba. 
  • Jika harta yang hilang dari diri seseorang,maka tiada apa pun yang hilang. Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang. Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
  • Menjadi orang yang kalah tetapi benar adalah lebih baik daripada menjadi orang yang menang tetapi zalim.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 
  • Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  • Orang yang gagal adalah orang yang takut dan tidak pernah mencuba untuk melakukan segala sesuatu kerana takut akan kegagalan itu sendiri.
  • Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. 
  • Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. 
  • Hawa nafsu membawa kesesatan serta tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun dan berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. 
  • Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. 
  • Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang. 
  • Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat, pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini. 
  • Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu. Jika kamu berada di tengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan, jaga perangaimu. 
  • Kalau orang mengasihi anda, dia kan membuat anda meratap, tetapi jika orang membenci anda, dia akan membuat anda ketawa. 
  • Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik. 
  • Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk. 
  • Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah. 
  • Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. 
  • Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-nyiakan teman yang diperolehinnya. 
  • Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan semua kata-katanmu.
  • Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. 
  • Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan. 
  • Jangan tertawa melihat orang jatuh kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan jika anda tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit. 
  • Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang. 
  • Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya. 
  • Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati. 
  • Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang manusia lakukan selalunya yang kurang sempurna. 
  • Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba. 
  • Berharap tanpa usaha adalah pekerjaan yang sia-sia. 
  • Kalau kamu berbuat baik hendaklah kamu tutup dan kalau orang membuat kebaikan kepada kamu hendaklah kamu berterima kasih. 
  • Gunakanlah akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. 
  • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan. 
  • Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. 
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar. 
  • Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
  • Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. 
  • Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. 
  • Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan. 
  • Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. 
  • Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai. 
  • Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. 
  • Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. 
  • Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. 
  • Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. 
  • Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
  • Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
  • Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama, pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. 

  • Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
  • Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.
  • Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.
  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya.
  • Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.
  • Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
  • Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya.
  • Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan  dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.
  •  
  • Jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat
  • Hiduplah Sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati.
    Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
    Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasanny
    a
  • Orang yang mulia menyalahkan dirinya..Orang yang bodoh menyalahkan orang lain
  • Menjadi orang yang kalah tetapi benar adalah lebih baik daripada menjadi orang yang menang tetapi zalim
  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan...Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama, pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita 
  •  Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu.
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya air itu tetapi kerana seringya ia menitik.
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita.
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan..jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan..buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia.
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan.
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman.
  • Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas.
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat.
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah.
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang setia adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli.
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik.
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan.
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya.
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran.
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat.
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu.
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan akan berhasil.
  • Cinta boleh membuatkan orang bahagia; duit boleh buat dunia berputar tapi sahabatlah yang membuatkan hidup lebih hidup.
  • Di dalam hidup ini kita akan banyak menemui kegagalan kerana itulah namanya hidup...
    Namun, dari kegagalan itu kita dapat belajar untuk meperoleh kejayaan...
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.
  • Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
  • Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.
  • Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.  
  • Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  • Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.
  • Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

  • Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
  • Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
  • Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan.
  • Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.
  • Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
  • Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
  • Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
  • Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.
  • Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu.
  • Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya.
  • Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.