Setiap
individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah
menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan
hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah
yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang
dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya
juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada
jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa
sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.
Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah
kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran
dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi.
Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya
masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibubapanya
boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas,
dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila
tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat
besar.
Setiap
hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan
kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh
itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />cuba
mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan
dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya
maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan
menghadapi masalah dengan tenang.
UJIAN IMAN
Masalah
sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana
tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia
kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba
Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan.
Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan
sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas
haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya
mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti
ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.
Setiap
masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah
merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman
perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :
"Adakah
manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau
untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga
hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan
mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah
kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk
menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam
surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.
Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan
dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi
ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di
sisi Allah.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)
CARA MENGATASI MASALAH
1.Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap
ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya.
Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti
dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah
al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)
2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan
mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)
3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
Yakinlah
dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang
dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk
mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ ...dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)
4.Luahkan
masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin
tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan
beban yang kamu tanggung.
5.Bandingkan
masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih
besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih
tenang ketika menyelesaikan masalah.
Penutup
Ujian yang datang juga
tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri
dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita
lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif
bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang
tersendiri.
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)
No comments:
Post a Comment