Wahai diri, perlukah kita rasa berdosa sampaikan kita tidak mahu bergerak mengejarNya. Marilah wahai diri fikirkan masa hadapan kita apabila bertemu dengan ALLAHU Rabbul Jalil. Allah itu sangat baik. Allah tahu dan kenal sangat dengan sikap hambaNya..lemah, goyah dan sentiasa tergelincir dengan maksiat. Lepas taubat buat balik.. Lepas taubat buat balik. Sebab itu Allah membuka pintu taubat setiap masa. Kerana Dia tahu kita lemah. Baiknya Allah..
Maafkan kami wahai ALLAH, kerna sering menderhakaiMu, sering
melupakanMu, sering bermaksiat kepadaMu. Kami terlalu sibuk dengan
perkara yang bakal di tinggalkan sehingga terlupa mencari bekalan yang
perlu untuk hari esuk. Semoga dikau sudi memaafkan kami wahai yang maha
pengasih.
Kata Al Arif Billah. Kadangkala ditakdirkan berlaku maksiat dalam hidup hanya untuk kita merasakan betapa manisnya ketaatan. Kita hanya akan menghargai terang apabila pernah hidup dalam kegelapan. Maha suci ALLAH, yang masih menyimpan kurnia sekalipun kepada hambanya yang pernah berdosa. ALLAH. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Semoga kita sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Allahumma amin.

No comments:
Post a Comment