Tuesday, 23 February 2016

Jodoh Sudah Tertulis ~


Semua orang bercakap soal jodoh... sume mengharapkn jodoh yg terbaik... namun ramai yg berpendapat, jodoh telah Allah tetapkan di Lauh Mahfuz, jadi kita tak mampu mengubahnya lagi..cukup sekadar menunggu dan redha dgn jodoh yg tiba.
aku telah terbaca risalah ini yang byk berbicara soal qada dan qadar.. tp yg menarik perhatian aku ialah ayat ini...

"Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama. Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.” 

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. 

Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”


Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia."

jadi soal jodoh kita masih boleh berubah selagi kita berusaha... Allah akan mentakdirkan kita dengan insan yg dianggap sesuai buat kita. sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui segalanya.. cuma pesanku, jgnlah kita berputus asa utk mencari jodoh... tp andai jodoh yg dipinta tidak dimakbulkan Allah..ingtlah firman Allah:

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al- Baqarah:216


sama-sama berusaha mencari jodoh dan usaha yang paling baik ialah dengan berdoa, kepada pencipta kitalah tempat paling terbaik utk kita meminta...
satu pesanku, andai jodoh yg kita miliki tidak sebaik yg kita harapkan, jgnlah disalahkn pada takdir... renung dlm diri kita... adakah kita terlalu sempurna utk memiliki insan yg sempurna juga?
aku pling benci bila org2 yg merampas suami org lain sllu menyatakan.. "dah jodoh kami, terima jelah.." mereka menuding pada takdir, kononnya sudah tersurat sebegitu sedangkn mereka sndiri berusaha ke arah itu..
ada jugak yg bercerai menyalahkn takdir.. "jodoh setakat ni je, nk wat cmne.." mereka yg pendek akal ini senang saja berkata, tnpa ada ilmu di dada..
renung2kn la... aku akan sllu berusaha dan berdoa utk jodohku dan mengharapkn insan yg terbaik utk diri ini..amin~~~



No comments:

Post a Comment