Assalamualaikum...
27/2/2016 11:42pm
#Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat
Yang hanya mencari sesutu yang busuk dan buruk
Yakni yang hanya melihat keburukkan dan kesalahan orang lain
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah
Yang hanya memandang kewangian dan keindahan
Yakni yang memandang kebaikkan orang lain sehingga melupakan keburukkan orang lain
Jiwa seorang hamba tidak terlwpas daripada ujian. Ada orang yang diuji pada harta mereka. Ada pula yang diuji pada tubuh badan. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan, semuanya adalah tanda itulah kasih sayang ILAHI.
Janji Allah adalah pasti. Sebagaimana Allah menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana Allah menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janji-janji NYA bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka telah beriman selagi tidak diuji. Suka atau tidak, pasti ujian itu akan hadir.
Mereka yang sabar pasti dapat menghadapinya. Tidak kurang jugak ada yang terkandas dan tergelincir. Ada yang berputus asa, lantas mudah dirasuk perasaan untuk memusnahkan diri. Ada pula yang lebih teruk sehingga menyalahkan Allah kerana menurunkan ujian sebegitu.
Seringkali diungkapkan bahawa kesabaran adalah kunci kejayaan. Namun, ujian tidak pernah berhenti. Ada orang yang berjaya bersabar kerika susah tapi terjatuh apabila diuji kesenangan. Ada orang yang berjaya melakukan perintah Allah tapi hilang punca ketika diuji dengan musibah. Maka, masihkah ada kesabaran?
ALLAH S.W.T berfirman,"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintakah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah TUHAN dengan bersabar dan mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabar-Surah Al-Baqarah:153
Malah, ALLAH sendiri memuji perkataan sabar dengan menyatakan bahawa kesabaran itu adalah cantik. Lebih menarik AL-QURAN juga merakamkan kepada kita kisah-kisah kesabaran para Nabi dan Rasul dalam menghadapi pelbagai ujian sehingga digelar Ulul Azmi, iaitu yang banyak sekali ujiannya.
Oleh kerana itulah disusunkan, diaturkan susunan Rasul itu, Nabi yang paling tinggi maqam dan martabatnya adalah Nabi Muhammad S.A.W. Diikuti oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Nuh. Kelima-lima inilah yang dipanggil nabi-nabi Ulul Aami, iaitu paling banyak ujian. Merekalah yang paling banyak diuji ALLAH.
Begitu juga ALLAH S.W.T lettakkan kepada kita kesabaran yang tinggi, diuji dengan pelbagai dugaan. Kita perlu faham bahawa ujian ini bukan setakat berbentuk kesusahan dan musibah. Ujian ALLAH S.W.T datang dalam pelbagai bentuk. Semua itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada hamba-NYA.
-Dipetik dari buku Ustaz Kazim Elias "TUHAN sedang menguji kita"
No comments:
Post a Comment