Thursday, 25 February 2016

BIAR MUKA BURUK ASAL HATI CANTIK "

"Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah.  Wanita yang solehah ialah
perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara.  Jika ada
ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat"

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.  Pada kita seseorang itu tidak cantik, tetapi pada pandangan orang lain pula, ianya adalah seorang yang cantik.  Soalnya, di manakah letaknya kecantikan itu?  Mungkin pada pandangan kita orang perempuan, kalau seseorang perempuan gemuk itu tidak cantik, tetapi lain pula pada pandangan orang lelaki di mana ada lelaki yang melihat perempuan yang gemuk itu adalah cantik.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur sendiri untuk menilai kecantikan.  Sudah tentu kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.  Contohnya, sekiranya kita ukur kecantikan dari segi wajah, lama kelamaan wajah akan di makan usia dan akan berkedut dan tentulah ianya tidak cantik lagi.  Kalau kita ukur dari segi bentuk tubuh badan, sekiranya badan sudah semakin gemuk makan tiada lagi nilai kecantikan lagi pada tubuh badan.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh Allah lebih tepat dan betul.  Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak.  Kecantikan ini jika ada pada seseorang ianya akan lebih kekal.  Inilah penilaian kecantikan yang dinilai oleh Allah kerana kecantikan akhlak adalah satu kecantikan yang kekal abadi.

Oleh yang demikian, hendaklah kita bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita.  Bukan sahaja bersyukur dari segi kurniaan rezeki tetapi juga bersyukur dari segi kurniaan rupa paras dan kecantikan yang Allah beri.  Tugas kita adalah untuk memperindahkan lagi kurniaan Allah.

" Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit
pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak"

    Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan.  Di mana yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain.  Kecantikan itu bermula daripada dalam dan luar.  Maka, perlulah kita tanamkan dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi.  kemudian iman itu hendaklah dibuktikan dengan perbuatan yang baik.  Barulah kecantikan dalaman melambangkan kecantikan luaran.  Maka, perilaku dan perbadi kita akan nampak cantik sekali.  Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki.  Biar rupa buruk, tapi jangan buruk perangai.  Apa gunanya mulut yang cantik macam artis tetapi digunakan untuk mengumpat.  Apalah gunanya rambut yang cantik sekiranya tidak ditutup auratnya.  Dan apalah gunanya muka yang cantik tetapi mempunyai hati yang sangat jahat dan dengki.

 Apa yang penting di sini, biarlah orang kata muka kita buruk, hidung kita pesek, mata kita bulat, mulut kita yang terjuih namun kita mempunyai hati yang sangat cantik.  Maka, hendaklah kita bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan.  Tidak perlulah kita mengubah apa jua ciptaanNya kerana apa yang telah diciptakan oleh Allah, itu adalah sebaik-baik ciptaanNya.

Amin.....

No comments:

Post a Comment