Wuduk,
perkara yang selalu kita ingat pasal wuduk adalah ketika hendak
menunaikan solat. Dan ketika hendak membaca (memegang) Al-Quran. Selepas
itu daripada itu kebanyakkan daripada kita lupa akan kepentingan wuduk.
Ketika kita didalam keadaan berwuduk, sebenarnya kita telah bebas
daripada hadas kecil. Jadi sudah tentu ada banyak kelebihan wuduk
sebenarnya.
1. Berwuduk Akan Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil
Sesungguhnya wudhu yang sempurna bukan hanya menjamin solat diterima
tetapi juga boleh menghapuskan doa-dosa selagi tidak melakukan syirik.
Rasulullah SAW bersabda;
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila
seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh
wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh
kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika
membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air
atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa
yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir
sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Mengangkat darjat manusia.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua
sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat
menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian?
Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda:
Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak
disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya).” (Hadis riwayat Muslim)
3. Wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.
“Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya
wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu.”
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
4. Wuduk akan membuka ikatan syaitan? Rasulullah bersabda;
“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa
syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan.
Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan
tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari
tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia
berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat,
bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya.
Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka
dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Sesungguhnya Islam itu sangat mudah. Maka hendakalah kita sentiasa
berwuduk dan melazimkan diri dengan air wuduk. InsyaAllah segala usaha
kita untuk berwudhu dan menyucikan diri mendapat ganjaran yg besar
daripada Allah.
Firman Allah:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih” (Al-baqarah : 222)
No comments:
Post a Comment