Apa yang kagum? Kerana
mereka ini sangat bersandar kepada Allah, Pencipta setiap jiwa manusia.
Mereka orang-orang yang
berusaha mencari keredhaan Allah. Mencari jalan yang halal dengan cara yang
baik.
Mereka yang tidak ingin
jemu memohon meskipun hembusan angin putus asa sesekali datang menyapa.
Justeru, kenapa harus
kita jadi berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Luas?
Bukan Allah tidak
mendengar rayuan dan permintaan kita yang sama. Bukan Allah tidak tahu betapa sedihnya
hati kita yang masih bersendirian tanpa pasangan.
Bukan Allah tidak mengira
semua air mata yang jatuh setiap malam. Allah sudah mengira dan menyaksikan, cuma
sahaja Allah mahu kita kembalikan semua rasa itu berhak pada Allah yang utama.
Ya, mencintai Allah dan
Rasul SAW dengan segenap jiwa, itulah mahar untuk kita menjemput datangnya
jodoh yang baik. Yang paling terbaik untuk Allah berikan.
“Baiki hubungan kita
dengan Allah, pasti Allah akan baiki hubungan kita dengan manusia.”
Bukan Siapa Cepat, Dia
Dapat
Perkahwinan
bukan bermakna siapa cepat, dia dapat.
Bukan pula
bermakna, yang kahwin awal dahulu akan lebih bahagia daripada yang terlewat.
Kerana
perkahwinan bukan diukur dari segi masa dan jarak, tetapi diukur kebahagiaan
itu pada mereka yang benar-benar berusaha mencari jalan keredhaan-Nya.
Berusaha
sehabis
daya mengikuti segala perintah-Nya, memperbaiki hubungan dengan-Nya
yang lebih utama, mencintai Allah dan Rasul untuk mengaplikasikan cinta
yang
benar-benar dapat dibawa pasangannya hingga ke syurga.
Usah bersedih
kepada yang agak terlewat. Ini ruang dan peluang kita untuk bertemu yang jauh lebih
baik, dengan kita turut berusaha menjadi hamba yang sehabis baik.
Jika
mereka
layak mendapat syurga cinta dalam berumahtangga, kenapa tidak kita? Jika
mereka layak untuk berbahagia dengan pasangan, kenapa tidak kita?
Mungkin
sekarang bukan masa kita lagi. Sabar, Nanti.
Kuatkan lagi
doamu pada Tuhanmu.
"Manusia
tidak akan dapat menentukan jodohmu, biar sekuat mana mereka berusaha untuk
mencari jodoh untukmu.
Tetapi
Allah-lah yang akan MENENTUKAN DAN MEMBERIKAN pemilik jiwamu, yang telah
dicatatkan dalam takdir-Nya yang terindah."
Akhir bicara: Tiada yang
Mustahil Bagi Allah
Kita bukan minta banyak
dengan Allah. Kita minta seorang sahaja pasangan hidup. Besar mana permintaan
kita, besar lagi kuasa Allah untuk mengabulkan.
Jika manusia Allah dapat jadikan
daripada tiada kepada ada, apalah yang mustahil untuk diberikan kepada kita
SEORANG sahaja daripada berjuta-juta ramainya orang di dunia ini?
Namun, kerana yang seorang itulah Allah nak berikan paling terbaik, maka kita harus tahan diuji dan diuji terlebih dahulu.
Allah Maha Kuasa. Bukan
janji-Nya tidak benar, sangat benar. Laki-laki yang baik, untuk wanita yang
baik. Jika kita sudah pun berpegang dan beriman sepenuhnya kepada DIA, maka
kenapa harus lagi diragui semua janji-Nya?
Apabila Allah berkata, “Kun
Fayakun”, maka tiada siapa yang akan dapat menghalang atau menyekat jodoh kita.
Mari terus teguh beriman.
Teruslah berpegang kepada Tuhan. Meski tiada contoh sebenar dari sisi
saya sendiri, tapi saya masih tetap ingin terus menyakini-Nya selalu.
“(Dia)
Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri
pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula),
dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang
serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” [QS. Asy Syuro
(42):11]
Menjemput jodoh itu sebuah
perjuangan. Perjuangan untuk mendapatkan seorang teman hidup yang bukan sekadar-kadar
nafsu di dunia, tetapi pembimbing dan penuntun langkah kaki untuk ‘selamat’
berjalan hingga ke syurga-Nya.
Teruskanlah berjuang demi
mendapat keredhaan Tuhan.
Sekian, wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment