Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan kedalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.
Dapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut
Pertama: Diampunkan Dosa Untuknya
Dalam hadis
qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda
maksudnya : “Allah telah berfirman: 'Sekiranya Aku uji salah seorang
hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas
(penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat
pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih
dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal:
Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya,
maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu
dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Kedua: Allah merasa malu kepadanya Semasa Dineraca Timbangan Dan Membuka Catatan Untuknya Di Akhirat
Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

Ketiga: Allah SWT Ingin Mendengar Sendiri Ucapan Hamba Yang Di Uji-Nya
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)
Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

Keempat: Dibebaskan Dari Seksa Api Neraka
Dari Abu
Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk
orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya :
“Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman: 'Itu adalah api-Ku, yang
Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki
(sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.
Kelima: Diberikan Kesihatan Yang Lebih Baik Dari Sebelumnya
Dari Abu
Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :
“Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku
yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu
atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan
dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya
dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih
baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan
kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”
(Hadis riwayat Hakim)
(Hadis riwayat Hakim)
Keenam: Diberikan Ganjaran Pahala Tanpa Batas
Firman Allah
SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala
mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."
Ketujuh: Mendapat Selawat Dan Rahmat Daripada ALLAH SWT
Allah SWT
berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang
sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang
menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Kelapan: Mendapat Balasan Syurga
iriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda didalam
Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan
kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali
kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak,
adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari
kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu
(dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Bukhari).
(Hadis riwayat Bukhari).
Kesembilan:Jaminan Mendapat Pertolongan Allah SWT
Ya (cukup),
jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang
kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan
lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).
Kesepuluh: Diberikan Oleh ALLAH Dengan Sifat Penyabar
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:
Post a Comment