Monday, 29 February 2016

BANGKITLAH SEMULA KERANA ALLAH!

Kehadiran ujian hidup ini bukan sekadar datang dengan sewenangnya tapi telah ditentukan sejak di lauh mahfuz di mana segala catatan kehidupan yang membawa kepada keimanan dan kepercayaan kita terhadap qada' dan qadar ALLAH. Ia sudah ditentukan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Orang beriman selalu ada cara untuk menjaga hatinya meskipun berlawanan dengan apa yang diterima dalam kehidupan. Saat mendapat musibah air matanya menitis tapi hati yang terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberi ALLAH sudah pasti yang terbaik untuknya. Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mungkin penat tetapi tidak dengan hati yang terus yakin apabila diuji ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Itulah tanda ALLAH sayang padanya..
Allah tahu sakit dan susahnya kita saat jatuh. Tambah lagi kalau puncanya dari tangan manusia. Tapi jangan pernah berhenti berdoa, bermunajatlah mohon pertolongan Allah dan BANGKITLAH SEMULA KERANA ALLAH!. Mudah-mudahan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan memberi ganjaran yang besar kepada kita atas setiap ujian yang diterima dengan penuh redha dan tabah. Mengurniakan kita dengan rahmat yang melimpah. Menggantikan segala kesedihan dengan kegembiraan. Dan menggandakan kebahagiaan atas segala nikmat yang dicurah dalam mencari keredhaan-Nya setelah melalui segala kesusahan dan keresahan. Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin.
Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha ilallah. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment