Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang.
Kadangkala kita berasa tergesa – gesa
seperti dikejar – kejar sesuatu. Padahal tidak ada yang mengejar kita.
Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak
dikelola dengan baik. Gambaran – gambaran untuk mengisi waktu dan usia
menjadi sangat tidak menentu.
Kiblat gaya hidup mengarah kepada
Hollywood dan Bollywood. Hidup kita seakan diatur. Cara makan, apa
makanannya, cara berpakaian, apa pakaiannya, cara berfikir, apa
fikirannya dan bahkan cara menikmati tidur sekalipun.
Perlahan tapi pasti, gaya kita sudah
ditetapkan sedemikian rupa. Tetapi kita tidak sedar. Bahkan kita sangat
senang dan bahagia menikmati kebodohan ini.
Bandingkan diri kita ketika diminta
menggunakan Al – Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah –
mentah menolaknya. Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita
seperti dipaksa.
Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai
dengan hak asasi manusia. Padahal dalam Al – Quran itulah segala hal
aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.
Itulah kalamullah dan bukan makhluk.
Terlalu tergesa – gesa mengejar jodoh?
Kebodohan ini juga berlangsung dalam
kehidupan cinta kita. Memiliki pendamping hidup adalah sebuah
kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi.
Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.
Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.
Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri.
Namun kerana filem yang kita tonton,
bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah
mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.
Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan.
Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.
“Tidak ada pengalaman?”
Yang kita perlukan adalah bukan
pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu
rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami – isteri.
Justeru bila kita berpengalaman dalam
berganti – ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin
sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk
menghadapi cubaan.
Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik.
Kerana mengejar jodoh – semakin besar
rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin
besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.
Jadi yang diperlukan ketika masih muda
adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri. Bukan mencintai dalam
konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.
Seterusnya saya menjemput pembaca untuk membaca sambungan artikel ini, Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin?
# Apa pandangan anda mengenai artikel
mengejar jodoh ini? Tinggalkan pandangan anda pada ruangan komen
dibawah. Syukran Jazillan =)
No comments:
Post a Comment