Sunday, 7 August 2016

KEJAYAAN SEORANG SUAMI DI MULAI DARI DOA SEORANG ISTERI

Wahai para suami ketahuilah bahwa isteri sangat menyayangi dan mencintaimu lebih dari yang kamu tahu.
Yang mencintaimu apa adanya, bukan ada apanya. Yang menyayangimu kerana hati bukan karna harta dan fisikal mu.
Dia mencintai dan menyayangimu dengan setulus hati dan sepenuh jiwa. Yang akan setia menemani hidupmu dikala sehat dan sakitmu, dikala susah dan senangmu, dikala derita dan bahagiamu, dikala sedih dan senyummu, dikala perih dan pahitmu, dikala muda dan tuamu, dikala gelap dan terangmu, dikala panas dan teduhmu, dikala mendung dan hujanmu, dikala petir dan pelangimu.
Belahan jiwamu akan selalu ada untukmu kerana kau adalah
separuh nafasnya.
Dia akan selalu menjagamu kerana kau sangat berharga dari apapun.
Dia akan selalu tersenyum kerana kau adalah jantung hatinya.
Dan dia akan selalu mendo'akanmu kerana kau adalah separuh hidupnya.
Hal Terindah dari seorang isteri adalah bukan saat ia tersenyum bahagia.
Tapi saat butiran air matanya terjatuh saat berdoa.
Bukan kerana kecantikan yang mempesona,tapi kerana sujud rukuknya yang tiada henti.
Atau bukan kerana keelokan tubuh yang di pamerkan, tapi kerana keteguhan IMANnya dalam menjaga auratnya.
Maka ia adalah permata yang dirindukan dan embun yang dinantikan.Bahkan bidadari pun cemburu karnanya.

Wednesday, 3 August 2016

Solat Awal Waktu

Antara Rahsia Dan Kelebihan Solat Di Awal Waktu


Kepentingan solat di dalam rukun islam kita, merupakan rukun yang kedua setelah Mengucap Kalimah Syahadah. Solat adalah tiang agama. Rapuhnya tiang itu, maka tidak mustahil akan lupuslah bumbung akidah kita sebagai Orang Islam. Solat adalah salah satu dari rukun Islam yang sangat ditekankan kepada kita sebagai umat Islam untuk mengerjakannya dan Rasulullah Saw pernah bersabda tentang kepentingan keutamaan solat di awal waktunya. Yang ke-2 persoalannya adalah bagaimana cara untuk solat awal waktu

Dari sahabat Umar beliau berkata : Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya " Sesuatu apakah yang lebih dicintai Allah di dalam Islam?". Maka Rasulullah SAW menjawab "Yaitu melaksanakan solat pada waktunya, barangsiapa meninggalkan solat maka sama dengan tidak beragama, Solat adalah tiang agama" (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi)
 
Kepentingan  Solat
 Segala amalan dan perbuatan kegiatan kita setiap hari, samada baik atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana erti solat kita kepada Allah Ta'ala. Ini bergantung kepada kesempurnaan solat kita. Jika kualiti solat kita baik dan sempurna, maka seluruh perbuatan kita juga akan baik, kerana solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima waktu itu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak akan mencegah kita dari perbuatan mungkar disetiap masa masa.

Ada yang pernah bertanya, bagaimana jika kita sentiasa mendirikan solat, tapi dalam masa yang sama kita masih juga melakukan hal yang dilarang oleh Islam? Soalan ini juga pernah saya tanya kepada seseorang, dan jawapan tersebut saya simpan sehingga sekarang ini.Jika setiap hari kita tetap menunaikan solat, tapi dalam masa yang sama kita tetap melakukan perkara yang mungkar dan terkeji, maka segeralah perbaiki dan mengkaji adakah solat kita selama ini memenuhi syarat dan rukun yang telah ditetapkan terutama disudut dan dalam kesempurnaan wuduk sebelum menunaikan solat.


Kenapa perlu solat di awal waktu?

Dari kecil kita dididik dalam kepentingan mengerjakan solat, di sekolah juga tidak terlepas subjek didalam silibus pembelajaran tentang bagaimana mahu mendirikan solat dan asal usul solat 5 waktu. Semakin hari,semakin umur kita meningkat, mungkin sedikit sebanyak telah memberi banyak kesedaran dan ilmu sedikit sebanyak mengenai kebaikan solat sunat tambahan setelah solat fardhu yang 5 itu. Jika kita tahu bagaimana kesukaran baginda rasulullah saw sehingga membuat tawar menawar dengan Allah Ta'ala dalam pengurangan solat fardhu sehingga menjadi 5 waktu sahaja, Iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, mungkin tidak sedikit terlintas didalam fikiran kita kesukaran dalam melakukan solat 5 waktu pada waktu yang telah ditetapkan iaitu solat di awal waktu.


Rahsia solat di awal waktu

Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu  tiang agama? Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktudapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan  rasa syahwat yang melampaui batas islam.


Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.


Allah swt juga berfirman:

“Celaka bagi orang-orang yang mendirikan solat, yang mana mereka mendirikannya secara lalai. Berkenaan dengan ayat ini, Imam Shadiq as ditanya, beliau menjawab: Yang dimaksud dengan ayat ini adalah orang yang melalaikan solatnya, dan ia tidak mendirikannya di awal waktu tanpa ada halangan (uzur)"

Surah almaaun ayat 3-4

Jom sahabat, tidak kemana apa yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Facebook masih lagi boleh diteruskan, blog boleh di update pada bila-bila masa, dan borak kosong juga boleh disambung semula selepas kita menunaikan apa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai umat akhir zaman. Saya juga seperti anda,kadangkala terleka dengan urusan dunia sehinggakan  mengabaikan solat di awal waktu. Kita mengeluh,kita meratap sesal kerana Allah seperti tidak mendengar keluhan doa atau lambat memakbulkan doa kita setiap masa, Tapi adakah kita memberi keutamaan dalam beribadat kepada-Nya?


Allah swt berfirman:
“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu'.” Surah Al-Baqarah ayat 238

Solat

Soalan : Saya nak bertanya kalau saya tengah solat zohor waktu asar pun sampai. haruskah saya qada zohor? dan apakah waktu-waktu di larang solat sunat?
Jawapan :
Jika saudara dapat satu rekaat setelah bangun daripada rukuk dan azan asar berkumandang maka saudara telah mendapat solat zuhur, teruskan solat sehingga selesai. Jika saudara baru baca al Fatihah rekaat pertama kemudian mendengar azan asar maka teruskan juga solat zohor sehingga selesai tetapi pahala yang saudara dapat adalah pahala solat qada zohor. Jangan niat qada’ teruskan solat zohor seperti biasa. hingga salam.
Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah SAW bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat Subuh sebelum bahawa terbit matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat Subuh, dan barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat ‘Asar sebelum bahawa terbenam matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat ‘Asar.’ (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat)
Mengikut hadis di atas, Rasulallah SAW memberikan ketetapan syariat bahawa jika kita dapat satu rakaat solat Subuh, yakni apabila sempat kita selesaikan rakaat pertama, kemudian naik matahari, yakni luput waktu Subuh, kita tetap dikira telah mendapat keseluruhan solat Subuh itu. Yakni, walaupun matahari sudah terbit, kita hendaklah teruskan rakaat kedua. Walaupun, kemudahan sedemikian diberikan kepada kita, tidaklah kita menjadikan amalan biasa mensolatkan solat-solat kita pada waktu-waktu yang hampir kepada waktu haram bersolat. Begitu juga untuk solat zohor, asar, magrib dan isyak jika mendapat 1 rakaat tiba-tiba azan berkumandang maka kita telah mendapat keseluruhan solat tersebut.


2. Waktu-waktu yang di haramkan solat sunat.
Perkara ini ada disebutkan di dalam hadis :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.).
Daripada Uqbah bin Amir Al Juhani r.a., katanya:
ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ
“Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, ketika matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.” Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat sehingga benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai matahari benar-benar terbenam.” (Muttafaq ‘alaih).
Lima Waktu Ditegah Melakukan Solat

Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?

1) Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
2) Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.
3) Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.
4) Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
5) Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.

Cara Qada Solat

Soalan : Ustaz,saya nak tanya,macamana kita nak qada solat yang kita pernah tinggal dahulu,dan cara mengerjakannya..?
Jawapan :
Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh (bermimpi keluar air mani) wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam (solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor. Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor.
Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”


Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih Muslim).
Hadis di atas menunjukkan bahawa WAJIB hukumnya qada solat walaupun terlupa… inikan pula solat yang ditinggalkan dengan sengaja.
Perkara ini telahpun mendapat ijma’ pendapat mazhab imam yang empat. tidak perlu dibahaskan lagi.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.”
(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)
Qada solat yang ditinggalkan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun bukan waktunya. Misalnya di waktu malam kita nak qada solat 5 waktu (zohor, asar, magrib, isyak dan subuh). Atau qada ikut waktu-waktu solat conoh qada solat zohor pada waktu zohor setelah kita selesai solat zohor tunai.
Dalil perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan masa remaja dulu : Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)

Jangan Malu Terlihat Miskin, Malulah saat Pura-Pura Kaya..

Jangan malu terlihat miskin malulah saat kita pura pura kaya, dan jangan sampai menjalani hidup dengan selalu lihat “ke atas”, namun coba untk lihat kebawah. Jadi bila hal semacam itu anda lakukan, nikmat hidup itu akan jauh lebih terasa indah meskipun anda datang dari keluarga yang sederhana.
Jangan pernah malu pada orang tuamu meskipun mereka hanya seseorang petani, pedagang kecil maup...

Siapa Pemilik Tulang Rusuk Ini?

Mencintai seseorang adalah hal yang wajar karena setiap manusia diberi Perasaan untuk saling mencintai.
Akan tetapi kita jua perlu menjaga perasaan cinta itu dengan baik supaya perasaan cinta itu tidak menjadi hal yang sia sia.
Seseorang yang mudah mengumbar perasaan cintanya kadangkala dia adalah orang yang mudah gagal dalam bercinta.
Jangan mudah hatimu untuk menerima cinta dari orang lain , karena cinta bukan sebuah perlombaan, cinta bukanlah sebuah permainan dan cinta bukanlah sebuah Percobaan.
Mantapkan hatimu saat memilih seseorang untuk kamu cintai agar tidak menyesal dalam periode selanjutnya
Carilah orang yang memiliki pribadi yang baik, terkadang dalam pribadi seseorang yang baik menyimpan ketulusan cinta pada orang lain.
Mencintai itu tak usah terburu buru, jika kamu menjaga perasaan dan hatimu dengan baik maka Tuhan akan mempertemukanmu dengan orang yang mampu memuliakan hatimu.

 Menarik sekali kalau sedang membahas jodoh, jodoh memang telah Allah tetapkan ketika kita dalam kandungan. Namun, jodoh kitalah yang memilih, kita yang mencari dan menentukan. Kita dilahirkan didunia ini Allah yang menentukkan siapa orang tua kita, begitu juga anak kita nanti Allahlah yang menentukkan tapi, jodoh meski telah Allah tetapkan tetap kitalah yang memilihnya.
Ketika Nabi Adam dan Siti Hawa terpisah kemudian bertemu kembali, memang telah menjadi ketetapanNya. Tapi tidak semata-mata Adam yang bergerak mencari Hawa sementara Hawa hanya berdiam diri. Berkat kerja keras usaha Nabi Adam serta Siti Hawa akhirnya mereka bertemu.

 Begitulah jodoh kita, walau kita dan dia berada diujung dunia, dia dimana dan kita dimana jika kita berjodoh pasti akan dipertemukan tentunya juga dengan usaha. Janganlah risau, terkadang kita sudah yakin dia jodoh kita namun ternyata bukan. Allah maha tahu atas diri kita, Allah mengerti apa yang kita butuhkan bukan sekedar yang kita inginkan. Baik menurut kita belum tentu baik menurut Allah. Terkadang kita merasakan patah hati, diputuskan atau memutuskan suatu hubungan, memang sakit tapi yakinlah Allah mengajari kita dengan mencintai orang yang salah sebelum mendapatkan jodoh kita yang sebenarnya.

 Jangan sesalkan cinta kita yang salah, Rasa cinta itu bisa hadir karena Anugerah. Allah menganugerahi cinta untuk dia walau akhirnya tidak berjodoh. Positif thinking bahwa Allah ingin memberikan banyak pelajaran kepada kita. Jangan patah arang ketika suatu hubungan telah berakhir.....

Jangan sedih lama-lama,..Yakin Allah menyayangi kita, Allah tidak ingin melihat kita berlama-lama menyayangi orang yang salah. Jodoh itu tidak bisa dipaksakan sekuat apa kita memaksa bila menurut Allah dia bukan jodoh kita, kita tidak akan pernah berjodoh dengan dia. Jangan pernah risau lagi, jodoh kita belum datang tidak bertemu didunia pasti akan bertemu diakhirat. Jodoh kita tidak akan tertukar, jodoh kita sudah tertulis di Lauhul Mahfudz. Ayo kita harus berusaha mencari jodoh kita, tentu tetap berpegang teguh pada janji Allah.

“Yakinlah, bahwa jika Allah mentakdirkan sesuatu untuk kita, walau seluruh alam menghalangi kita mendapatkannya kita akan tetap memilikinya begitupun sebaliknya”
Jadi,marilah kita berdoa kepada Allah memohon jodoh terbaik dari Allah,.jodoh yang akan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah. jodoh yang menjadi pelengkap tulang rusuk ini, jodoh yang akan menyayangi kita seperti Rosullulah menyayangi khadijah, jodoh yang melindungi dan menyayangi hingga maut memisahkan. Namun harus diingat cinta kepada Allah tetaplah menduduki posisi teratas.

“Jangan mencintai seseorang setinggi langit karena langit akan runtuh, Jangan mencintai seseorang sedalam lautan, karena lautan akan surut Jangan pula mencintai seseorang seluas dunia, karena dunia akan hancur Tapi cintailah seseorang seperti ujung kuku, biarpun kecil namun setiap hari akan tumbuh”

 Ya Allah Dekatkanlah jodoh kami, segera pertemukanlah kami, lindungi dia dimanapun dia berada dan segera ikat cinta kami dalam ikatan pernikahan Aamiiin …. Yarobbal Alamin …

Monday, 1 August 2016

Setiap Ujian

Jangan mencela demam (influenza), bahkan demam itu bisa menghapus kesalahan dan dosa.
Dari Jabir Radhiyallaahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam masuk ke rumah Ummu As-Saib , atau Ummu Al-Musayyib, lalu beliau bertanya,
مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ – أو يَا أُمَّ المُسَيَّبِ – تُزَفْزِفِينَ ؟
"Ada apa denganmu wahai Ummu As-Saib -atau Ummu Al-Musayyib- kenapa engkau menggigil?"
Ia menjawab, "Demam wahai Rasul, semoga Allah tidak memberkahinya (penyakit ini)."
Maka Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تَسُبِّي الحُمَّى فَإنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الكِيْرُ خَبَثَ الحَدِيدِ
"Jangan kamu mencaci penyakit demam ini karena sesungguhnya ia bisa menghapus kesalahan dan dosa anak manusia sebagaimana tungku pandai besi menghilangkan (dengan panasnya) karat yang menempel pada besi."
[HR. Muslim. Dicantumkan oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullaah dalam Riyahush Shalihin no.1726]
SubhanAllah Mari kita renungi tentang hikmah sakit …. Sakit, sebagaimana juga setiap ujian, bukan menguji ketangguhan dan kemampuan. Sebab sakit Allah…