Tuesday, 20 October 2015

Sunnah Rasullulah

Sharing is caring...
SALAM SUBUH dear...
Salah 1 amalan Rasulullah ialah memakai cincin perak di jari kelingking... inshaAllah mendapat pahala sunnah selama mana anda memakainya...

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Sharing dari seorang kawan
ucap subhannallah atas ilmu ni dan share dengan kawan- kawan yang lain

KALAU DAH SAYANG SEKECIL KUMAN PUN AKAN CEMBURU

Lelaki sebenarnya lebih sukakan perempuan yang pemalu dari yang friendly,
sebab dia tak nak orang yang dia sayang tu rapat dengan lelaki lain. Lelaki cemburu sebab sayang dalam perhubungan, lelaki merajuk sebab inginkan perhatian, lelaki marah sebab nak yang terbaik dalam kehidupan, lelaki tegur sebab nak memberi kesedaran.
Susah juga nak bagi orang faham ni kan? mungkin juga dia faham tapi buat-buat tak faham? urmm... atau .. dia tanak terima ape yang kita nak dia faham? or..dia memang tak faham? ... or maybe.. frekuensi tak sama so memang tak dapat faham ape yang kita nak sampaikan?

Monday, 19 October 2015

Terima Hakikat – Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.
dibalas dengan kebaikan
Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia – tiada kepastian seperti itu.
Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan kebaikan.
Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.
Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka menulis. Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.
Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.
Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.

Mengapa?

Sebenarnya dia tidak kuat untuk menanggung dan menerima kritikan. Dia tertekan..
Apa yang dapat disimpulkan, dia tidak bersedia untuk menerima keburukan yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya.
Dia merasakan dirinya sudah menulis perkara yang baik dan menganggap penulisannya memberi manfaat untuk pembaca, khususnya teman-teman yang ditagged.
Dia beranggapan kebaikan perlu dibalas dengan kebaikan juga. Tetapi sebaliknya, susu dibalas dengan air tuba. Dia fikir dia sudah melakukan perkara yang baik dan tidak patut ada orang mengkritiknya.

Disini adalah kuncinya – terima kenyataan!

Kita perlu menerima kenyataan, bukan selalu kebaikan diterima secara baik oleh orang lain. Kebaikan tidak semestinya dibalas dengan kebaikan – Hakikat yang perlu kita terima.
Mungkin kita menyesali perkara itu. Tetapi, penyesalan tidak mengubah keadaan. Ini adalah fakta kehidupan.

Tiada orang baik sepanjang waktu Perlu kita ketahui tidak semua orang itu baik sifatnya, apatah lagi untuk baik sepanjang waktu. Kecuali Rasulullah – selalu bersifat baik kerana Allah menjadikannya bersifat seperti itu.

Bagaimana pula kita? manusia biasa
Selain  daripada itu, memang jarang ada orang yang sentiasa baik sikapnya. Tetap ada kekurangan dan kelemahannya dimana-mana. Pernah berbuat khilaf dan dosa.

Jangan mengharap perbuatan kita dibalas dengan kebaikan

Orang baik tentu membalas kebaikan dengan kebaikan. Apabila tidak dapat melakukan kebaikan pun, dia tidak melukai hati orang yang melakukan kebaikan.
Tetapi pada asasnya, kita mesti menerima kenyataan bahawa tidak mungkin kebaikan yang kita berikan sentiasa dianggap baik oleh orang lain.
Ini adalah realiti.
Jangan mengharap selalu dibalas dengan kebaikan
Mari kuatkan hati! =)

Sia-Sia Membalas Mereka Yang Menyakitkan Hati Dengan Kebaikan

menyakitkan hati
kill them with kindness.
Bunuh mereka dengan kebaikan.
Mungkin dalam kehidupan seharian kita, kita selalu berurusan dengan orang yang sentiasa menyakitkan hati dan suka melihat kita susah.
Walaupun kita telah cuba sedaya-upaya untuk melayan mereka dengan baik, tetapi mereka membalas pula dengan cara sebaliknya, yang boleh dianggap sebagai kurang ajar dan tidak beradap.
Dalam percakapan dan semua cara komunikasi kita dengan mereka, kita telah secara nyata serta  jelas, cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara baik dan secara aman.
Tetap keadaan sebaliknya, reaksi yang diterima semakin bercelaru dan tidak munasabah.
Kebaikan yang dihulurkan tidak berkesan. Jika ada yang terbunuh, orang itu adalah kita.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

Kebaikan yang tidak dihargai malah dibalas dengan menyakitkan hati

Saya faham, bukan senang bagi kita untuk menerima keadaan seperti ini. Seolah-olah kebaikan yang kita hulurkan tidak dihargai dan tiada nilainya. Malah dipermain-mainkan dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah kita.
Pernahkah kita terpaksa berpura-pura untuk kelihatan baik pada luaran terhadap seseorang, tapi dalam masa yang sama kita mencaci sumpah seranah terhadapnya?
Walaupun kita tersenyum, membuat gerak badan yang mesra dan bercakap dengan penuh sopan, tapi dalam masa yang sama dalam hati kita sebenarnya “ membunuh” mereka dengan kemarahan dan bersangka buruk apabila terasa sakit hati.

Kita tidak sedar sebenarnya kita yang egois!

Sebenarnya itu kita tidak cukup baik lagi, belum cukup ikhlas.
Kita ego.
Tetapi mengapa pula kita yang ego, sedangkan merekalah yang jelas-jelas lebih ego dari kita?
Mari saya terangkan..
Sebenarnya kita ego sebab kita mahukan sesuatu. Kita mahukan sesuatu situasi itu diselesaikan mengikut cara kita.
Selalu kita merasakan orang lain salah dan kita adalah betul. Kita merasakan apabila kita sudah memberi dengan kebaikan, kita juga harus dibalas dan dilayan dengan kebaikan.
Sebenarnya kita silap.
menyakitkan hati
sedih bila hidup dikalangan orang menyakitkan hati
Kita tidak sedar bahawa secara umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada kita sesama makhluk yang terbatas.
Oleh itu sebarkanlah kebaikan kita yang seikhlasnya, tanpa perlu kita terpaksa berpura-pura baik dengan orang yang kita tidak suka.
Memang bukan tugas kita untuk menjaga hati setiap orang, tetapi kita sendiri harus sentiasa berbuat baik dengan sesiapa pun, seikhlas hati.
Percayalah, bermula daripada ini, kita akan merasakan lebih banyak kebaikan yang akan datang kepada kita apabila kita menetapkan niat untuk menyebarkan kebaikan kita secara ikhlas.
Metafora atau analoginya begini:
Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.
Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?
Tidak. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.
Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?
Pasti ada! Insya-Allah.
Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.
Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi
Walaupun mungkin ia tidak datang daripada orang yang ego kita mahukan, tetapi pasti banyak lagi kebaikan daripada orang atau perkara lain, yang akan dihantarkan oleh Allah kepada kita.
Mungkin dari segi jodoh yang baik – isteri yang taat dan suami yang setia, anak yang baik pintar dan soleh, kelebihan dari segi harta, dan kebaikan-kebaikan lain yang melapangkan serta membahagiakan  hati kita.
Inilah kekayaan yang lebih utama bagi seorang manusia daripada perkara lain seperti pangkat dan jawatan.

Jadi, ingin menjadi orang yang baik serta ikhlas perlu rela terus ditindas?

Tidak. Kita bukan mahu ditindas, tetapi memilih jalan untuk bersabar.
Tapi bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, ‘Teori memang mudah , praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’
Sabar itu indah. Beautiful.
No suffer afflicts us beyond our capability.
Allah maha melihat, oleh itu anggap sahaja setiap perkara yang kita buat untuk menjaga hubungan sesama manusia itu sebagai satu ibadah untuk mencapai keredhaan Allah.
Yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.
menyakitkan hati
perasaan menyakitkan hati memang memenatkan
Cuba selami kembali bagaimana tindakan Rasulullah apabila disakiti penduduk Thaif. 
Cuma buat masa sekarang ini, kita hanya perlu bersabar, dan melatih hati kita untuk bagaimana untuk benar-benar ikhlas.
Ikhlas dan sabar itu adalah kunci kekuatan hati. Memang bukan senang untuk melakukannya, tetapi kita mampu melakukannya.
Kerna mereka yang mempunyai kekuatan hatilah sentiasa dapat menundukkan rasa ego yang terbit dalam diri.
Hanya apabila kita yakin dengan balasan-balasan yang Allah janjikan, insyaaAllah kita kita akan bahagia dunia akhirat.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” – Surah Ali-Imran ayat 159
InsyaaAllah, satu hari keikhlasan kita menyebarkan kebaikan akan diperlihatkan juga oleh Allah, cuma kita jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.
Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.

Penutup: Jadikan Ini sebagai Ladang Peningkatan Diri Kita

Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita.
Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
Belajarlah melupakan setiap kesalahan orang terhadap kita. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan.
Kerana semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, maka akan sering kita sakit hati.
Walaupun kebaikan dan kasih sayang tidak selalu dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang,
Jangan pernah bosan berbuat kebaikan dan menabur kasih sesama insan,
Kerana satu saat nanti kita akan merasakan kepuasan dalam hidup kita.

Bagaimana Cara Buang Ego

ego
ego
Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri.
Ego merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai kesalahan moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain.
Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
Ego ini  menjadi persoalan serius ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan  sebagai kenikmatan.
Akibatnya,  segala macam cara digunakan oleh orang yang ego  ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok, walaupun menyebabkan orang lain menderita.
Asal dirinya bahagia sahaja.
Itulah EGO..

Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa?

Seperti  tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.
Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?
Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?
Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena?
Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.

Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?

Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati.
Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini.
Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
Buanglah  prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindari prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri  dari hati.
Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik.
Jika anda ingin meraih cita-cita,buatlah diri anda menjadi ideal.
Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka  jadikan diri anda sendiri lebih bernilai.
Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi.
Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
Jika anda ingin dicintai pasangan hidup kita, maka buatlah diri kita menjadi orang yang mencintainya lebih lagi.
Mungkin kita akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah  berikan  yang terbaik, meskipun itu  tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran.
Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati  dalam mengawal ego peribadi diri kita.
Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.
-Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk berubah jadi baikkkkk

Ego

Assalamualaikum...
20/10/2015 1.25pm.
Hari ni entahlah...apa aku rase...smlm dptler aku mkn ngn boipren aku..mkn tengahari..aku keluar ngn dier rase cm serba tak kena jer aku rase..ade jer perkara yang boleh membawa pergaduhan...entahlah..mgkin kerana aku ngn dier ni ego ke tak aku pun tak tau..satu lagikan..aku cuba tau sebenarnya nak lari dari dier ni...tapi tak boleh...biler aku cuba nk ngelak kan, ade jerlah yang boleh buatkan kitaorang ni jumpa balik...kdg kdg aku sendiri tk tau ape yg aku nak....aku ni tak bersyukur ker?? smlm kan dier tuduh aku ade org lain...hummmm...entahlah..masing masing nak tunjuk keras kpala..walhal masing masing tak boleh biler takde...

APA ITU EGO?

Apakah yang dimaksudkan dengan ego? 


Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu. 

"Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa diri anda sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa."


     Jadi, entri saya pada malam ini akan memberikan penekanan mengenai ego. Antara isu yang selalu menjadi perbalahan ialah apabila perbandingan dilakukan untuk menetukan antara lelaki atau perempuan, siapakah yang lebih ego? Jika di jawab lelaki lebih ego, sudah tentu ada lelaki-lelaki yang kat luar sana yang tidak berpuas hati begitu juga sebaliknya. Sebenarnya, ego ini tidak boleh ditentukan berdasarkan jantina semata-mata. 


    Kebiasaannya seseorang itu tidak dapat menerima hakikat apabila dirinya dilabelkan sebagai seorang yang ego. Mereka kadangkala tidak menyedari bahawa sifat itu memang sudah ada dalam diri mereka.
    Yang membezakannya hanyalah tahap ego seseorang itu. Berdasarkan kajian, wanita yang bekerjaya mempunyai tahap ego yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak bekerja.  Itu hanayalah kajian yang dilakukan, ini tidak bermakna semua wanita bekerjaya itu ego. Lelaki juga begitu. Tetapi, jika dalam sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita sebagai contoh hubungan suami isteri, kebiasaannya suami mempunyai tahap keegoan yang lebih tinggi berbanding si isteri.

"Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut"

    Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.

Bersama-samalah kita mengubahnya.


Cara Setan

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus sampai sesetengah muslimah wanita termakan hasutan iblis.
Bagaimanakah caranya iblis menelanjangkan  wanita muslimah?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi tlanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”.
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. 
“Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Eqy : Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!