Hidup ini susah kita nak duga, kadangkala kita rasa dekat dengan seseorang tu..tapi sebenarnya jauh. Walaupun kita dapat genggam tangan dia, belum tentu tentu kita dapat selami hati dia. Mungkin kita boleh buat dia ketawa tapi kita tidak tahu apa makna senyumannya. Bila dia menanggis, kita sangka kita dapat memujuknya walhal kehadiran kita langsung tidak di senangi. Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan dan lawan sehingga kita sampai jatuh tersungkur..adakah tangan di hulurkan atau kita di tinggalkan.
Kadang-kadang kita penat kejar orang yang tak pernah pandang kita.
Penat nak jaga hati orang sampai hati sendiri tak terjaga. Penat tunggu
orang yang tak sedar langsung kehadiran kita. Tapi sebabkan sayang kita
bertahan dalam tanggisan. Namun kesudahannya kita terpaksa melepaskan
kerana terlalu penat untuk menjaga hati dan perasaannya. Tak semua orang
rasa apa yang kita rasa dan tak semua orang faham apa yang kita nak.
Lain orang lain hati. Walau orang lain tak faham, namun Allah tetap
faham isi hati kita..
No comments:
Post a Comment