Muqaddimah
Assalamualaikum...
29/1/2016 1.05pm...
Aku rase cam kena sihir ker eh...
Ker ker ker...
Pompuan dary neraka tu yang punya angkara...
ishhhh...ishhhh...ishhh
Astaqfirullah halazim...
Jangan Pikir buruk tau..Slumber jer dpt dosa kering nnty....
Insyaallah..ade jodoh tak kemana..Amin...
Hubungan
manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk
sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini.
Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta dan kasih dan sebagainya
mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara
terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni
untuk dibicarakan.
a) Berkata Ibnu Manzur :
"Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah
sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah
sesuatu daripada bentuknya yang asal"
b) Ibnu Qayyim: "Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan)."
c) Abu Laits berkata : "Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut."
Taarif Sihir
Al-Qurtubi
dalam menakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir
memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta,
benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu mampu terkesan
kepada sakit badan atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak
nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka
yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan,
harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera
dan alat alat khusus.
Dalil Al Quran
Kedapatan hujjah yang kukuh terhadap sihir ini antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102 (terjemahan). (Tafsir Al-Qurtubi 2/55)
"Dan mereka
mengikuti apa2 yang dibaca oleh syaitan-syaitan3 pada masa kerajaan
Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir),
padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya
syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan
sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat4
di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan
(sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami
Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka
mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka
dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya5. dan mereka
itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada
seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu
yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi,
Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya
(Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat,
dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau
mereka Mengetahui."
Dalil Hadis
Rasulullah
s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya
seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin 'Abdah meriwayatkan
bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu 'anhu telah menetapkan
perintah, yaitu: "Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan."
Kata Bajalah selanjutnya: "Maka kami pun melaksanakan hukuman mati
terhadap tiga tukang sihir perempuan."
Dalil Sirah
Pada tahun ke 7
hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang
terkenal telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan
seolah-olah telah bersama dengan isterinya selama enam bulan sedangkan
ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril
dan mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki Rasulullah
lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut
di letak di dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan
tersebut dan ditanam bahan tersebut.
Sifat yang ada kepada Penyihir
1- Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.
2- Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.
3- Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.
4. Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
5. Tidak ada
perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh
iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada
iblis dalam setiap kerjanya.
6. Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
7. Seboleh
mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu
tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat
kepada manusia.
Bagaimana cara penyihir menimbulkan kesan kepada badan
Terjadinya hubungan bahan bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara :
1- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan
2- Melalui
perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang
yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir
ini.
3- Melalui
rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk
bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung,
ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada
tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
4- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.
Jenis jenis sihir
1- Sihir pemisah (perceraian)
Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan
yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang
remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami
dan sebaliknya, orang yang
di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang
yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar
rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang
di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh
mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah
2- Sihir Percintaan (penunduk)
Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk
selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan
yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap
pasangan
.
3- Sihir membatal atau menunda perkahwinan
biasanya melalui 2 cara jin merosakkan. a) Jin masuk dan menutupkan
keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
b) Jin tidak
dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia
memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian
maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal
sebelumnya sudah saling setuju.
4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan
A) Kepada
lelaki 1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi
selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi. 2) alat kelamin
berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi
isteri alat kelaminnya hilang fungsi. 3) Alat kelamin berfungsi dengan
isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
B) Kepada
perempuan pula : 1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa
daging yang menutupi lubang vagina isteri. 2) Ketika ingin mengauli
isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana
halangan perasaan atau kesakitan. 3) Adanya pendarahan apabila
disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
5- Sihir dimandulkan tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doctor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.
6- Sihir pukau
1) Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas
samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia
sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut
arahan yang diberi oleh pemukau tersebut. 2) menyebab mangsa tidur lena
tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bagaimana
terjadi pukau? 1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun
syaitan (member salam dan mengarahkan). 2) Melalui sentuhan dengan
berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut :
“Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”
7- Sihir Gila
mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang
kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang
kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan
mula ingin berada pada tempat yang gelap.
8- Sihir Sakit anggota badan
Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota
badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu
anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.
9- Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui
tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah
yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana
biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir
tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah
keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita
di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :
“Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”
10- Sihir Santau
Santau dapatlah di bahagikan kepada dua bahagian. 1) santau
menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di
tujukan kepada seseorang. 2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa
terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan
sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang
ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah
dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk
berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa.
Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan
Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.
11- Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di
tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama
anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali
orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.
Tanda-tanda Umum di sihir
1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di
dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda
yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
Penutup
Mudah-mudahan
kertas kerja yang ringkas ini akan berjaya membuka sedikit ruang ilmu
agar menambahkan lagi amalan kita di sisi Allah agar kita terjauh dari
syirik kepada Allah. Wallahua’lam.
Akhukum fiddin