TEPUK DADA TANYA HATI..APA KHABAR IMAN?
Dalam kesibukan urusan duniawi, terasa jiwa kita kosong, tak tenteram, resah gelisah tanpa sebab menghantui kita ..kenapa ye? Puas mengadap, membelek, melayan media sosial.. Whatsapps, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter, menonton tv, mendengar lagu dan sebagainya. Namun tiada ketenangan. Adakah hati anda dipenuhi dengan zikrullah? Solat tetap buat, tapi hati gelisah? Sudahkah kita baca dan hafal Al-Quran walaupun sepotong ayat? Atau terlalu asyik mendengar lalu menghafal lirik lagu yang melalaikan sehingga tidak pernah terfikir nak hafal ayat-ayat Al-Quran?
Atau mungkin kita alpa dan membiarkan hati anda dikotori elemen-elemen
maksiat mungkin? Banyak mengadu-domba? Banyak makan dari hasil yang
haram atau berunsur syubahah? Banyak melihat perkara yang mungkar?
Banyak luangkan masa dengan hiburan yang melalaikan? Banyak berkunjung
ke tempat yang lagho (tidak berfaedah) melewati gedung yang berpusu-pusu
orang, lalu solat diabaikan? Banyak membelek peribadi seseorang
sehingga syaitan pun berbisik lalu membawa kepada ghurur?
Diantara tanda roh dan jiwa kita telah lemah (rosak dan hilang rasa kehambaan kepada Allah) ialah hati kita telah dikuasai atau dihuni oleh dua musuh batin, iaitu NAFSU dan SYAITAN. Pujukan dan tarikan syaitan dan nafsu lebih kuat dan berpengaruh. Roh atau jiwa kita menjadi sombong, degil, ujub, riak, hasad, tamak, dendam, bakhil, gila dunia, suka bermusuh, malas lakukan ibadah, cepat marah, pantang ditegur dan lain-lain seumpama yang menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu.
Sifat-sifat yang mazmumah bersarang dan berkembang lalu bertakhta di dalam hati. Di antaranya ialah suka mencari-cari kekurangan orang lain, merasa gembira jika ada orang lain terlanjur melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan yang tidak baik dan mengumpulkan kesalahan-kesalahan orang lain. Permusuhan dengan orang lain membuat hidup seseorang menjadi keruh, tidak tenang dan keimanan serta amal ibadahnya pun terganggu.
Cuba kita perhatikan, orang yang selalu sibuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain, maka biasanya ia mempunyai sensitiviti kritikan yang tinggi (tidak boleh ditegur) dan perasaan merasa puas yang luar biasa jika melihat orang yang dibencinya terkena suatu musibah. Sehingga seolah-olah seluruh kelenjar yang ada di dalam tubuhnya dipenuhi dengan racun atau virus yang membuatnya belum dapat lega dan tenang kecuali jika ia telah mengeluarkan seluruh racun atau virus tersebut.
Ajukan soalan kepada hati kita. "Sihatkah hati aku?" atau mungkin ianya sakit? Atau lebih teruk lagi, adakah ianya telah mati? Genggam tangan, Istighfar. Urut dada, tanya diri, "Apa khabar hati?" Adakah hidup kita bertuhankan hawa nafsunya sendiri sebagaimana firman Allah; “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Dapatkah engkau menjadi pelindungnya (dari kesesatan)?”. (al-Furqan; 43). Tepuk dada, tanya lagi pada hati, "APA KHABAR IMAN?"

No comments:
Post a Comment