Apple Cute
Don't Forget To Love Your Self...
Monday, 11 January 2016
Kata kata
AKU TAK KUAT.....
Sebenarnya ada waktu, kita tak boleh tunggu-tunggu orang capai tangan kita, sambut tangan kita, raih bahu kita, peluk rapat kita. Sebab ada wa
ktu orang susah nak faham kita, dengar cerita kita, luang masa dengan kita. Jadi memang banyak waktu kita patut belajar tepuk bahu sendiri cakap "Allah ada. Allah ada."
Come on kawan..hidup Allah bagi cuma sekali saja kat dunia ni. Jangan kerana di uji dengan secebis ujian terus jatuh, terus give up, terus tak boleh nak move on. Macamana pun fikirlah kenapa Allah adakan usaha, kenapa Allah adakan mujahadah. Mujahadah tu supaya kita cuba dan cuba.
Bila kita jatuh tersungkur kita kena bangkit kerana Allah. Allah tu bersifat ArRahman, sentiasa pemurah dengan hamba yang sentiasa yakin kepada-Nya. Andai dah tak mampu, teruskan untuk senyum..pandanglah kedepan. Percayalah kita masih punya tuhan. Tuhan yang memberi kekuatan.
Allah turunkan ujian itu untuk uji kita supaya kuat untuk atasi ujian tersebut.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment