Pepatah
orang Arab dahulu mengatakan, "Angin selalunya bertiup tanpa
dikehendaki oleh kapal" dan in adalah betul. Tidak semu apa yang
diinginkan seseorang akan dapat diraih dan tidak semua yang dibenci itu
adalah salah.
Seseorang ingin sihat namun ternyata yang datang adalah sakit.
Seseorang ingin kaya yang datang adalah miskin.
Dia ingin berjaya ternyata yang datang adalah kegagalan.
Dia ingin ketenteraman namun ternyata yang datang adalah ketakutan dan kegelisahan.
Apa
yang pasti, semua itu adalah takdir dan kententuan Allah Taala yang
harus diserahkan kepada-Nya. Seseorang wajib berusaha mengelak daripada
ketentuan Allah Taala dengan ketentuan-Nya pula.
Seperti orang
yang lapar dan dahaga wajib mencegahnya dengan cara makan dan minum.
Seseorang yang tidak memiliki pakaian harus mencegahnya dengan
mengenakan pakaian. Seseorang yang miskin harus mencegah dengan
kemiskinannya dengan bekerja, berusaha keras dan berjuang. Seseorang
yang sakit harus mencegah penyakitnya dengan berdoa dan berubat dengan
ubat yang bermanfaat.
Dalam keaadaan ini,orang mukmin wajib menyerahkan segala urusannya kepada ketentuan Allah Taala dan reda dengan takdir- Nya.
Dia wajib menyakini bahawa di sebalik itu terdapat hikmah besar yang kadang kala tidak diketahui oleh akal.
Sumber: Jangan Bersedih, Kebahagiaan Pasti Bersamamu oleh Madar Al-Wathan
No comments:
Post a Comment