Kesabaran
dan ketabahan
(seorang
yang bernama Aishah)
Dia taklah
sehebat mana,cuma peribadinya aje yang mengagumkan.Bersifat penyayang,baik
budi,akhlak mulia dan pengasih.Percaya tak orang sebaik dia boleh ada
musuh,sedangkan dia tak pernah menyakiti hati sesiapa pun,jauh sekali berdendam
atau mempunyai masalah dengan orang lain.Mustahil semua ini berlaku
padanya,tapi itulah hakikat yang terpaksa ditanggung sepanjang hayatnya,menjadi
mangsa kepada orang yang mempunyai akal pendek,orang yang tak takutkan azab
Allah,orang yang bertopengkan manusia,berhatikan iblis laknatullah,bernafsu
syaitan….nauzubillahi min zalik.
Sepanjang
hayatnya menanggung azab dan derita,tetapi dia tetap sabar dan tabah.Kalau
dilihat dengan mata kasar,memang dia sihat walafiat,seolah-olah tiada apa-apa
yang dialaminya,hanya Allah dan orang-orang yang rapat dengannya mengetahui
penderitaan yang ditanggungnya.Dia mengganggap itu semua sebagai dugaan dan
ujian untuknya dari Allah dan tak sedikit pun dia mengeluh atau menyalahkan takdir,semuanya
diterima dengan hati yang sabar dan tabah kerana dia yakin ada hikmah yang
tersembunyi disebalik semua itu dan dia percayakan qada dan qadar dari
Allah.Ajal maut,jodoh pertemuan Allah yang tentukan.
Sebenarnya
sukar nak menemui orang yang sabar dan tabah sepertinya menghadapi dugaan dan
ujian Allah.Tapi itulah hakikat yang sebenarnya.Percaya tak pada sakit buatan
orang atau sihir.Itulah yang dialaminya dari dulu hingga kini.Sudah beribu-ribu
wang ringgit dihabiskan kearah itu,tak juga sembuh.Kalau sembuh pun cuma
sekejap sahaja,tak lama selepas itu, menyerang kembali.Dia pernah terkena
santau,mengambil masa berbulan-bulan lamanya juga untuk sembuh.Lepas satu,satu
penyakit datang menyerang.Tetap juga sabar dan tabah,kalau kitalah mampu ke kita
sabar dan tabah sepertinya menghadapi dugaan dan ujian Allah.
Sampai ke
satu peringkat yang agak kritikal,adik-beradik semuanya dah berkumpul,bacaan
yassin dah berkumandang.Dia dah tak mampu untuk bercakap,dah tiada tenaga,dah
habis ikhtiar hanya mampu berserah dan redha,andai itulah janji Allah
kepadanya.Untuk memohon maaf dari adik-beradik andai ada kesalahan dan
kesilapannya pun dah tak mampu,suara tersekat-sekat.Adik-beradik pun dah tak
tau nak buat apa lagi,hanya berserah dan berdoa,moga semuanya selamat.Usaha
juga,bawa ke hospital,tapi yang hairannya doktor cakap tiada apa-apa penyakit
yang dialaminya.Sungguh hairan ya,sedangkan dia dah berjuang habis-habisan
antara hidup dan mati.tapi kuasa Allah tiada sesiapa pun yg mampu
menandinginya,walaupun orang nak sihirkan dia sampai mati.Itulah kehebatan
Allah,kalau DIA tak izinkan itu berlaku,tak akan berlaku
punya.Alhamdulillah,berkat kesabaran dan ketabahannya dan doa yang
berterusan,dia dapat melalui saat-saat getir itu.
Jika
sesekali sakit itu datang menyerang,dia tidak sedarkan diri.Dia bercakap yang
bukan-bukan.Bahasa yang sering keluar dari bibirnya ialah bahasa Thailand.Susah
untuk dijelaskan dan sukar untuk difahami apa maknanya.Kadang-kadang tu,nak
ketawa pun ada tengok gelagatnya,bila dia tak sedarkan diri.Dia menari,dia
menyanyi dalam bahasa Thailand,sedangkan semua itu tak pernah dilakukan bila
dia dalam keadaan sedar.Bila dia sedar,dia akan tanya,apa yang berlaku
sebenarnya,dua tiga hari jugalah,mengambil masa untuk pulih.Tugasnya sebagai seorang
ustazah,kadang-kadang terganggu juga.Bila cerita kat orang,orang tak pernah
mempercayainya,sebab mereka tak pernah mengalaminya,hanya orang yang
mengalaminya dan keluarga terdekat saja yang tahu betapa deritanya sakit
itu.Dengan izin Allah juga suatu hari sakitnya datang menyerang semasa dia
disekolah dan ketika itu ada seorang ustaz dijemput untuk memulihkan
pelajar-pelajar histeria.Tiba-tiba badannya jadi lembik tak bermaya,rakan-rakan
tolong angkat dan tidurkan dia dikerusi berhampiran dan ketika itu juga bahasa
pertuturan dia bertukar.Ustaz yang
dijemput berkata sakitnya bukan sakit sembarangan,berat sangat.Masa itulah
ramai yang membuka mata dan percaya apa yang dihadapinya.
Tapi
manusia yang berhati iblis,bernafsukan syaitan ini tak pernah berpuas hati
dengan sesuatu yang dilakukannya.Dari satu cara ke satu cara yang lain dia
usahakan,agar orang yang tak disukainya terhapus dari muka bumi ini.Namun tiada
sesiapa pun yang dapat menandingi kuasa Allah.Allah Maha Besar.Janji iblis
untuk menyesatkan kita umat Islam sehingga hari kiamat,tetap berjalan
lancar.Hanya amal,iman dan taqwa yang sebenar-benarnya kepada Allah dapat
menghindarinya.Kita baik pun orang tak suka,apatah lagi kalau
sebaliknya,lagilah orang tak suka.
Dia cuma
seorang ustazah,kebaikan dia tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata,mungkin
dengan didikan agama yang diperolehi,dia tidak riak atau sombong.Tidak
bermegah-megah dengan apa yang dimilikinya,tetap seperti biasa.Tapi ada juga
makhluk Allah yang bergelar insan,tak suka kepadanya.Hanya orang yang pernah
mengalami apa yang dirasainya sahaja tahu,bagaimana deritanya menanggung
kesengsaraan akibat perbuatan orang yang tidak percayakan kekuasaan Allah,orang
yang mempunyai sifat tamak haloba,iri hati,hasad dengki,bertopengkan manusia,berhatikan
iblis,bernafsukan syaitan.
Dalam
munajatnya,dia memohon petunjuk dari Allah,berilah dia kesembuhan.Andai itu
takdir untuknya dia redha.Alhamdulillah doanya dimakbulkan Allah,walaupun tiada
kesembuhan sepenuhnya,dia tetap bersyukur.Seketika dia gembira sakitnya jarang
sekali datang menyerang,tapi takdir Allah siapapun tak boleh melawannya.Dia
diuji lagi,ujian dulu dia berjaya mengharunginya kini datang lagi ujian yang
sama hebatnya macam dulu.Nak mengatur langkah mendaki tangga bangunan sekolahnya
pun dia tak mampu,dia merangkak-rangkak.Sekali tengok pada keadaan dirinya
macam orang tua yang lumpuh.Dari pinggang hingga ke kaki dia terasa
bisanya.Tapi dia tetap bersyukur,sebab Allah panjangkan umurnya lagi untuk
melihat dia mendidik anak-anak bangsanya.Pengorbanannya amat besar,walaupun
sakit tak bermaya tapi dia teruskan jua perjuangannya.
Setakat
ini,tak pernah lagilah dengar,dia merungut atau menyesal dengan dugaan dan
ujian yang Allah berikan kepadanya.Walaupun dugaan dan ujian itu berat untuk ditanggungnya,namun
dia tetap sabar dan tabah,kerana dia yakin Allah dah sediakan yang terbaik buat
dirinya.Kalau kitalah mampu tak untuk kita menghadapi dugaan dan ujian Allah
itu,andai kita berada ditempatnya…….tak tau nak bagi jawapannya,adakah termampu
atau sebaliknya.....hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan
tersurat.....Dan ingatlah tiada sesiapa pun yang mampu menandingi kuasa
Allah....
No comments:
Post a Comment