Tuesday, 5 January 2016

PEREMPUAN NI MACAM POKOK KAKTUS, NAMPAK JE KERAS DAN KUAT PADA LUARAN TETAPI SEBENARNYA BANYAK MENYIMPAN AIRMATA DIDALAM..

Jangan menipu diri sendiri jika sebenarnya hatimu sedang terluka. Jangan berpura-pura tabah andai diri tak mampu. Menanggislah andai tidak mampu terluah dengan kata kerana menanggis dapat membantu menenang jiwa yang resah. Ketika ketulusanmu sudah tidak lagi dihargai, bayarlah orang itu dengan keikhlasan. Dan setelahnya, pergilah tanpa menoleh lagi ke belakang tanpa pernah mengingat-ingat lagi. Hati yang telah terluka tak mungkin kembali kepada asal. Parut yang ditinggalkan adakala tetap merasa sakit sekali.
Antara ibadah yang paling agung ialah menahan diri dari menyakiti orang lain, sama ada dengan tangan ataupun lisan. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi terselit iman di dada. Berat bahu memukul berat juga mata memandang tapi berat lagi hati yang menanggung..
Tidak mengapa berasa sedih namun usahlah terlalu sedih...Kesedihan hanyalah ledakan perasaan yang dibauri oleh perisa syaitan.Oleh kerana kesedihan jugalah ramai orang menjadi tidak redha,,lantas tanpa disedari menjadi kufur apabila kerap mempertikai mengapa ALLAH buat begini?Mengapa aku diuji sedemikian rupa? Sedangkan kesedihan hujungnya adalah nikmat..Bila, Bagaimana? tiada siapa yang tahu namun ia tetap terjadi.. Percayalah, disetiap kesedihan pastinya ALLAH menjanjikan kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment