Thursday, 21 January 2016

Kesabaran Rasullullah

Siapakah Rasulullah saw?Baginda saw adalah manusia seperti kita,berdarah merah dan mempunyai perasaan.Bezanya Baginda saw dilantik sebagai Nabi dan Rasul,manakala kita adalah manusia biasa…Namun adakah Rasulullah tidak pernah bergenang air mata merasai kepayahan dan kesulitan dalam kehidupan? Hayati kisah Rasulullah saw ketika usia remaja… 
Ketika usia Nabi saw genap dua belas tahun, Abu Talib membawa bersamanya Nabi Muhammad s.a.w ke Syam untuk berdagang. Apabila tiba di Busra, mereka melintas dihadapan seorang rahib yang terkenal disana iaitu Buhaira. Buhaira merupakan seorang yang alim tentang kitab Injil dan agama Nasrani. Apabila melihat nabi, Buhaira mengamati dan berbual dengan baginda. 
Setelah itu beliau berpaling kepada Abu Talib lalu bertanya; 
“Apakah hubungan tuan dengan kanak-kanak ini?” 
Lalu Abu Talib menjawab, “Dia anak saya. (Abu Talib sangat sayangkan Nabi sebab itu dia mengaku nabi sebagai anaknya)” 
Mendengar jawapan tersebut, Buhaira berkata, “Dia bukan anak tuan. Sepatutnya bapa anak ini telah meninggal dunia.” 
Maka Abu Talib menjawab, “Dia anak saudara saya.” 
Buhaira bertanya, “Di mana ayahandanya?”
 Jawab Abu Talib, “Ayahandanya telah meninggal dunia dan ibunya ialah adik ipar saya.” 
Lantas Buhaira berkata, “Benar. Bawalah anak ini pulang ke negerinya dan berhati-hati dengan orang yahudi. Demi Allah jika mereka melihatnya, pasti anak ini akan ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya anak saudara tuan ini memiliki masa hadapan yang agung.” 
              Lalu Abu Talib segera membawa Rasulullah s.a.w pulang ke Mekah. 
                    Sebagai orang Islam,kita wajar membaca sirah Nabi saw sejak Nabi saw dilahirkan,zaman kanak-kanak,remaja,dewasa hinggalah Nabi saw wafat.Banyak pengajaran dan teladan yang patut digali dalam sirah Nabi saw.Namun berapa ramai yang membaca sirah Nabi saw dan menghayatinya? Rasulullah saw mempunyai perasaan seperti kita iaitu sedih,kecewa,marah,benci,suka,meluat,geram dan sebagainya.
          Namun bagaimanakah Baginda saw melalui kehidupan dengan penuh kesabaran? Tatkala orang Islam di Mekah melalui pelbagai keperitan dan penderitaan lantaran dizalimi dan diseksa orang kafir,para sahabat saw yang setia memohon Nabi saw agar meminta bantuan Allah swt Maha Perkasa.Lantas Nabi saw bersabda “Umat dahulu lebih teruk ujian dan penderitaan,malah para Nabi pun mengalaminya.Tahukah kalian Nabi Zakaria a.s digergaji hingga mati oleh kaumnya?” Tatkala Nabi saw berdakwah ke Thaif,bukan sahaja dakwah tidak diterima,malah Nabi saw dilontar dengan batu hingga darah membasahi pipi hingga Nabi pingsan.
               Apabila terjaga,Malaikat Jibril a.s mmeinta Nabi saw memohon apa sahaja untuk ditimpakan bala dan bencana buat kaum Thaif.Lantas Nabi mengangkat tangan dan berdoa “ Ya Allah…maafkan kaumku kerana mereka itu jahil….” Subhanallah…begitulah luhurnya jiwa Rasulullah saw… 
                 Adakah kita mampu bersabar sebagaimana Baginda saw? Kesabaran itu adalah perkataan yang mudah disebutkan oleh semua manusia,namun untuk menghayati dalam kehidupan,bukan sesuatu yang mudah.
                  Aku sendiri hidup tanpa ibu bapa sejak usia 1 tahun.Aku sendiri pernah gagal dalam pekerjaan,pernah gagal dalam perniagaan,pernah gagal dalam dunia percintaan..aku pernah gagal dan gagal,namun aku sentiasa menenangkan jiwa dengan iman dan takwa kepada suratan takdir… 
           Firman Allah swt “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)
           Rasulullah SAW memberi galakan untuk kita bersabar terhadap kesusahan dan kepayahan hidup. “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas) 
              Hadis berikut perlu dijadikan falsafah kehidupan orang Islam : “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Imam Muslim. 
                Pada awal Januari,aku telah bersedekah memberi pakaian baru kepada anak-anak miskin Tahun 1 sebuah sekolah di negeri Sembilan dan salah satunya murid bernama NurSakinah bte Baharom.Namun pada 25 September 2012 berlaku ujian yang amat besar dalam hidupku.
        Ayah murid tersebut telah membuat repot polis kononnya aku menampar murid tersebut sebanyak tiga kali dan kini ia menjadi kes polis.Walaupun ramai murid sekolah dan guru melihat aku tidak menampar murid tersebut,namun tiada seorang pun mahu menjadi saksi kerana ugutan dan ancaman pihak sekolah. Kini aku hanya mempunyai saksi anakku yang bersama aku pada hari tersebut.
              Walaupun aku akan berhadapan dengan ratusan saksi palsu,aku yakin dan percaya Allah swt akan sentiasa bersamaku.Allah swt adalah saksi Maha Agong. Aku tidak pernah gentar dengan polis,doktor,guru,pejabat Pelajaran,Kementerian Pelajaran Malaysia kerana aku tahu Allah swt Maha Perkasa.Bawalah 1000 saksi palsu untuk menghumbankan aku dalam penjara,aku sentiasa yakin Allah swt lebih Maha Perkasa.
              Nabi Yusuf a.s pernah dihumban ke penjara selama 7 tahun kerana fitnah jahat. Ujian ini telah menyebabkan aku pingsan dan dirawat di Hospital Besar Melaka.Ujian ini telah menyebabkan aku terpaksa menutup premis selama 2 minggu dan menghiburkan hati dengan banyak melancong dan ibadat.Malah aku membawa anakku ke Singapura untuk menghiburkan hatinya yang trauma dan sedih akibat fitnah jahat menimpa ayahnya.
                Malah anakku terpaksa bercuti kerana malu untuk berada di sekolah…Ia malu ayahnya dilempar dengan fitnah jahat. Apabila melihat mataku bergenang,anakku lantas berkata “Sabarlah ayah….Allah sayang orang yang sabar…”Anak gadis kecil yang baru berusia 6 tahun 10 bulan menyabarkanku… 
               Aku belajar dari kesabaran Rasulullah saw.Baginda saw mengalami lebih hebat ujian dariku.Begitu juga para sahabat dan tabiin.Ujian menimpa mereka lebih hebat.Bilal bin Rabbah r.a dihempap dengan batu besar dan dijemur di bawah terik mentari.Mashitah tukang sisir anak Firaun dilempar ke dalam minyak panas,Sumayyah bte Khubath ditikam oleh Abu Jahal hingga gugur syahid… 
                 Pabila aku membaca kisah penderitaan dan ujian yang dihadapi para Nabi dan Rasul,para sahabat dan tabiin,ujian menimpaku amatlah kecil dibandingkan dengan mereka. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (surah At-Taubah: 111)

No comments:

Post a Comment