Rindu Mekah..hanya Tuhan saja yang tahu perasaan dapat tenguk Kaabah depan mata. MasyaaAllah! terpesona hingga mengalir airmata. Moga berkesempatan pergi ke sana lagi. Peluang nikmati syurga di dunia tak terhingga, pembuktian cinta terhadap sang pencipta. Bila masuknya waktu solat akan bersolat..suasana menjadi sunyi sepi melainkan takbir dan suara imam, betapa damainya jiwa dan raga..
Walau kemana anda melancong ke seluruh dunia dan menatap indahnya
pemandangan dunia ini tetapi tidak sama dengan menatap Kaabah. Ramai
pasangan di sana.. muka-muka yang jernih. Duduk menghadap Kaabah
seolah-olah menonton pemandangan yang indah, nampak sangat kebahagian
mereka terserlah begitu juga semasa kita di sana, menikmati ketenangan
setenang-tenangnya.. walaupun hadapan Kaabah penuh sesak.
Binalah keluarga yang hidup untuk akhirat. Merasa cukup dengan apa yang Dia beri, sentiasa syukur dengan rezeki-Nya. Kita tak boleh lagi jadi seperti dulu. Mari hidup lebih bererti. Tuju akhirat. Moga semua yang baca ni diberikan peluang oleh Allah menjadi tetamu-Nya. Sungguh rezeki Allah itu melimpah ruah. Niat yang baik-baik mulai sekarang, Allah akan kabulkan."Ya Allah, moga Kau bantu lancarkan segala perancangan. Sungguh Engkau sebaik-baik Perancang dan Penentu. Jemputlah kami ke rumah-Mu. Aamiin."

No comments:
Post a Comment