Akibat bercakap perkara yang sia-sia.. di riwayatkan bahawa seorang tokoh tabien yang bernama Malik bin Dinar rahimahullah (wafat 130 hijrah) pernah berkata:"Apabila kamu melihat hatimu menjadi keras, badanmu menjadi lemah dan rezeki menjadi terhalang bagi dirimu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah berkata-kata pada perkara yang tidak memberikan manfaat kepada dirimu. [Faidhul Qadir, Syarah Al-Jami' Ash-Shaghir, al-Munawi]
Cuba semak, adakah hati kita keras? Badan selalu terasa lemah? Dan
rezeki bagaikan terhalang? Mungkin ini petanda daripada Allah supaya
kita kembali sedar dan berubah menuju kepada hidup yang lebih baik.
Kurangkan berkata-kata dan perbanyakkan perbuatan yang membawa faedah
dunia akhirat!. Biar rupa kita tidak cantik, jangan sampai akhlak kita
hodoh. Biar kulit kita tidak putih, jangan sampai hati kita hitam. Biar
kita tiada gaya, jangan sampai kita tiada agama. Biar manusia tidak
pandang kita, jangan sampai Allah dan Rasulullah tidak pandang kita.
Recheck balik hati kita. Hati ni tempat tersimpan seribu rasa dan perasaan. Bila ada sesuatu yang kotor kita simpan dalam hati, kita beribadat pun kita tak rasa bahagia, kita tak rasa seronok. Seolah-olah apa yang kita buat itu tiada apa-apa. Baju yang kotor kita taknak pakai. Hati yang kotor takkan kita nak simpan? Bersihkan hati kita setiap hari. Macam mana? Ubat untuk hati ialah zikrullah. Basahi lidah dengan zikrullah. Moga hati hati kita terus hidup dalam cintaNya. Allahumma aamiin.

No comments:
Post a Comment