Sunday, 17 January 2016

Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata

Ramai orang termasuklah rakan sendiri bila bercakap atau tidak berpuas hati pasti akan mengeluarkan perkataan yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang. Dan ramai orang juga suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.
Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata
Kita kena ingat semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk.
Ramai di kalangan kita bila bab mengumpat dan mengutuk mereka sangat suka sehingga mereka lupa mereka telah memakan darah daging saudara sendiri di akhirat nanti. Pada masa yang sama juga kita telah memberi pahala kepada orang yang kita umpat itu.
Bukan sahaja mengumpat dan mengutuk, fitnah juga tidak terkecuali. Fitnah inilah yang membuatkan seseorang itu teraniya kerana salah anggap dari orang yang membawa cerita tidak benar dan tersebar meluas kepada rakan-rakan.
Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.
 Berikut adalah kata-kata hikmah dari Bilal bin Saad: “Sekiranya anda melihat seseorang yang pintar berbicara, suka membantah dan suka membanggakan pendapatnya, maka ketahuilah bahawa kerugiannya telah sempurna.”
Kata- kata hukama: “Diam mengandungi 7000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimah dalam setiap kalimah mengandungi 1000 kebaikan.”
Thursday, March 4, 2010 Lebih Baik Berdiam Diri Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim) "Barangsiapa yg byk perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg byk silapnya, nescaya byklah dosanya. Dan barangsiapa yg byk dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim) Kalau org menghina kita, bukan kita terhina Yang sebenarnya org itu menghina dirinya sendiri Diam org mukmin itu ibadah Ibadah tanpa perbuatan Ibadah rasa, ibadah ini tidak meletihkan Kadang-kadang ini lebih baik drpd ibadah sunat Yang hatinya di dlm kelalaian Macammana org mukmin itu diamnya menjadi ibadah? Kadang2 memikirkan dosanya Kadang2 memikirkan apa kebaikan yg nk dibuat Kadang2 memikirkan nk menolong kwn Kadang2 dia terasa kebesaran Tuhan Atau dia meniatkan, dia diam itu Tidak mahu bercakap bukan2 Kadang2 dia diam itu, kalau dia bercakap Takut dia melakukan kesalahan Seperti dia mengumpat atau Kalau dia bercakap Takut2 menyakiti hati org Atau dia diam itu Menghormati percakapan org Mungkin org itu bercakap baik, dpt pengajaran Atau dia hendak mengenal org yg bercakap itu Baik atau jahat Dia biarkan saja org itu bercakap Dan mendengar sahaja Kerana nk mengenal org itu Kadang2 dia diam itu memikirkan dosa2 yg lalu Ataupun kecuaian dan kelalaian yg telah dibuat Supaya dia bertaubat Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan Ataupun pengetahuan yg dilupakan dtg semula ingatan Itulah yg dikatakan oleh pepatah Melayu, "Diam2 ubi berisi" atau "Diam2 tong kosong" atau "Diam2 tong berisi sampah penuh kotoran?" Hikmah Berdiam Diri Manusia berbicara setiap masa..bicara yg baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia..jikabicara tidak mengikut adabnya, manusia akn merana di dunia dan di akhirat..di dunia akn dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yg menyakiti hati org lain akn menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.. Bagi org yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia2..sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara2 yg berhikmah..oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drpd mengucapkan perkataan yg sia2.. Banyak diam tidak semestinya bodoh Banyak bicara tidak semestinya cerdik Kerana kecerdikan itu buah fikiran Org cerdik yg pendiam lebih baik dr org bodoh yg byk bicara

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

No comments:

Post a Comment