“Mereka tidak layak. Tiada kebaikan yang pernah saya dapat daripada mereka,”
“Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?”
“Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Ini biasa. Hati kita yang menghukumkan begitu.”
Den tenang. Berfikir, mungkin.
“Pernah dengar bagaimana kisah seorang pelacur diampuni Allah kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?”
Den mengangguk.
“Masih ingat bagaimana Rasulullah SAW menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?”
Den mengangguk.
“Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri hatta kepada suaminya Fir’aun Laknatullah? “
Den mengangguk.
“Kisah itu… kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Allah menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Allah tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah ? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun… kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan… “
“Payah, hati kita tersiksa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi?”
“Apa maksud awak?”
“Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita… bukan kerana Allah.”
“Tak faham saya…”
“Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Allah… lain.”
“Lain macam mana?”
“Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita…”
“Susah tu… hati kita menolak.”
“Jadi, awak rasa mereka layak menerima kebaikan dari saya?”
“Dia layak. Dan awak wajib memberikannya, “
“Walaupun dia menyakitkan hati kita?”
“Jangan terikat kepada kebaikan atau kejahatannya lagi. Tetapi ingatlah kepada Allah. Allah wajibkan kita berbuat baik…”
“Maksud awak, buat baik kerana Allah?”
“Ya begitulah.”
“Aneh sungguh, orang jahat boleh jadi saluran kita kepada Allah.”
“Ya, bila kita melayani orang jahat dan kejahatannya dengan satu kebaikan.”
“Tentu banyak. Antaranya, kebaikan akan menyebabkan orang jahat menjadi insaf dan sedar.”
“Macam mana tu?”
“Kembali kepada kisah-kisah tadi. Bukankah perempuan Yahudi yang jahat itu akhirnya tunduk dengan kebaikan Rasulullah saw dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah? Itu bukti, bagaimana orang jahat boleh jadi baik apabila dihadapi dengan kebaikan.”
“Jadi, menurut awak, tidak mustahil mereka juga akan berubah jika kami berikan kasih-sayang kepada mereka.”
“Mereka bukan akan berubah. Sebenarnya mereka dah berubah. Dan sebaik sahaja awak berbuat baik awak pun akan berubah.”
“Hati awak akan menjadi tenang dan lapang. Kemarahan, dendam dan kekecewaan selama ini akan mula terpadam. Memaafkan, akan melegakan bukan sahaja pada mereka yang menerimanya malah awak yang memberinya juga. Percayalah. Itulah yang akan memberikan erti kemanisan iman.”
“Tak sangka, bahawa ada diantara jalan mendekatkan diri kepada Allah kekadang ada pada orang yang derhakakan-Nya. Hakikatnya kejahatan juga boleh dijadikan kebaikan bila…”
“Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Itulah maksud sabda Rasululah saw, buatlah baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu! Beraiklah dengan mereka. Berikan kebaikan dengan tulus dan ikhlas. Berikan mereka peluang membetulkan kesalahan lampau!”
p/s : yang berhak membalas kejahatan itu hanyalah DIA…
Kita buat baik, dia
buat jahat Anda buat baik pada seseorang, pastu dia pula buat jahat pada
Anda. Perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat. Sedihnya. Apa
nak buat pasni? Berikut adalah 3 perkara perlu Anda buat apabila
perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat. 1. Serahkan soalan
balasan perbuatannya pada Tuhan. Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk
membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling pada Anda. Sebagai
contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya
disusahkan, usahanya digagalkan. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang
yang berbuat jahat pada Anda. Anda tak akan dapat elak orang nak buat
jahat pada Anda. Tapi orang yang berbuat jahat pada Anda pasti tak akan
dapat elak balasan Tuhan atas setiap perbuatan jahat mereka. Soal
balas-membalas perbuatan jahat orang pada Anda, itu urusan Tuhan.
Serahkan pada Tuhan. Tugas Anda, teruskan bersangka baik, teruskan
berperangai baik, teruskan berkata baik-baik. Sebagai orang Melayu
beragama Islam, Anda makhluk bertuhan, jadi jangan lupakan Tuhan. 2.
Doakan dia. Orang buat jahat pada Anda, Anda kena doakan dia. Haa?
Kenapa pulak? Mana boleh! (Biasanya inilah ayat yang Anda akan kata!)
Doakan supaya dia berubah. Sebenarnya, jika Anda balas perbuatan jahat
orang pada Anda dengan perbuatan jahat hingga berdendam, ketahuilah Anda
sudah masuk ke dalam perangkap pemikiran negatif. Kesannya, fikiran
Anda menjadi negatif serta-merta. Tindakan Anda jadi negatif, hidup Anda
di kelilingi situasi-situasi negatif. Orang berfikiran negatif hidupnya
tak pernah bahagia, tak pernah maju sebab dendam menghalang sesiapa
saja dari menjadi orang berjaya. Anda akan kerap ditimpa musibah serta
masalah bila menjadi orang pendendam, walau dendam tu cuma sebesar kaki
semut. Anda akan kata kesemua masalah yang muncul dalam hidup Anda, Anda
tak pernah minta. Sebenarnya Anda sendirilah yang menarik masalah tu
datang ke dalam hidup Anda kerana Anda menyimpan dendam. Elak berdendam
kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam. Lebih
banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa Anda nak mencapai
kecemerlangan dalam apa jua perkara. 3. Terus maju ke hadapan, usah
menoleh ke belakang lagi. Usaha memburu kecemerlangan tak pernah serik
dari dugaan. Sebagai contoh, jika Anda nak jadi pekerja cemerlang, pasti
akan ada orang sekeliling yang tak puas hati. Kenapa? Cemburu, simply
sebab dia tak nak melihat Anda maju. Anda tak akan dapat elak orang yang
cemburu pada Anda. Anda tak akan dapat tahan rasa cemburu orang pada
Anda. Anda tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui Anda.
Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda
Anda. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan
kesibukan memikir cakapan-cakapan orang tentang Anda. Jangan sibukkan
fikiran dengan cakapan-cakapan orang kerana Anda akan hilang pedoman,
hilang motivasi, hilang inspirasi. Anda akan mudah bersangka buruk sebab
Anda asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri Anda, Anda akan suka
fikir yang bukan-bukan. Untuk menangani hal sebegini, maafkan saja
orang yang berbuat jahat pada Anda. Maafkan saja orang yang berdendam
pada Anda. Lepas tu, lupakan kesalahannya. Lepas tu, LET GO hal tu,
jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di
fikiran. Anda kena pastikan hati Anda bersih sentiasa supaya Anda jadi
bermotivasi sentiasa. Jika teringat walau sedikit, ingatan yang sedikit
tu akan meneutralkan kepositifan Anda. Untuk menjadi insan berfikiran
positif, Anda kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek
negatif. Ketahuilah aspek negatif ni jika ada walau cuma sedikit, ia
akan merosakkan fikiran positif. Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat
saja hal-hal positif sepanjang masa. Jangan lawan fikiran negatif,
sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti
kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan,rasa kekitaan. Makin Anda lawan
sesuatu, makin banyaklah Anda dapat apa yang Anda lawan tu.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No comments:
Post a Comment