Was tainu bisobri was solah, wa innaha lakabiratun ila alal khosyiin
Maksudnya:
Meminta tolonglah dengan sabar dan solat dan
sesungguhnya perkara ini sangat berat
kecuali bagi orang yang khusyuk
.
Huraian ayat yang dipangkalnya iaitu meminta to
longlah kepada Allah.Tuhan menganjurkan kepada kita
supaya kita meminta pertolongan kepa
da-Nya, supaya kita boleh bersabar.
Mudah-mudahan ilmu ini dapat menjadi panduan hidup kita, dapat kita hayati dan applykan dalam
perjuangan dan kehidupan kita. Walaupun ayat ini pende
k, tapi bunyi arahan Tuhan ini besar. Hendaklah
kamu meminta tolong kepada Tuhan tentang kesabar
an. Bunyi ayat ini sahaja sudah terasa besar,
sedangkan sifat mahmudah banyak. Sifat mahmudah lain tidak pula Tuhan anjurkan kita minta tolong
pada Tuhan. Tuhan tidak anjurkan, hendaklah kami mi
nta tolong pada Allah supaya tawadhuk, pemurah,
berani dan lain-lain sifat mahmudah. Tetapi tentang s
abar umat Islam disuruh minta tolong pada Tuhan.
Disini kita faham sabar tu besar, payah hendak diamalkan. Bahkan kalau boleh kita amalkan,
mahmudah-mahmudah yang lain, tanpa kita sedari, ada unsur sabar di situ. Kalau tak ada unsur sabar
tak boleh berani, tak boleh pemurah, tak boleh tawaddhu dan lain-lain.
Itu di segi apa yang Tuhan ucapkan menunjukkan sabar itu susah hendak dilaksanakan. Lebih-lebih lagi
sabar sudah jadi bahasa Malaysia, sudah jadi budaya
Malaysia. Tiap hari kita bercakap, kena sabarlah,
eloklah bersabar. Oleh kerana bahasa Quran sudah jadi bahasa Melayu, dari pada orang kampung
sampai orang bandar cakap sabar, sabar. Jadi perk
ara yang mudah diperkatakan, biasanya kita pandang
enteng, sedangkan hakikatnya ia mudah dikatakan tak mudah diamalkan.
Jadi kalau sampai ada ayat yang Allah khas arah
kan untuk kita minta tolong pada Tuhan supaya
bersabar sedang untuk sifat mahmudah lain tidak, ki
ta faham susahnya nak sabar, walaupun kita tak
nampak ilmunya tentu kita dapat agak, mengapa d
engan mahmudah yang satu ini Tuhan suruh minta
tolong dengan Dia sedang mahmudah lain Tuhan tidak suruh minta tolong dengan Dia?
Para-para rasul nak dapat gelaran ulul azmi, bukan dirujuk dengan sifat berani, sifat pemurahnya tapi
dirujuk dengan sifat sabarnya. Hanya 5 orang yang dapat gelaran itu. Rasul yang dapat ulul azmi, bukan
kerana hebat berjuang, bukan kerana hebat berkorban t
api kerana sabar. Itu pun 5 orang sahaja. Di sini
menunjukkan sabar itu mudah disebut tapi tidak mudah diamalkan. Sebab tu siapa yang boleh
melakukan sabar, apa kata Tuhan?
Diberi pahala kepada orang sabar itu tanpa hisab.
Kalau kebaikan yang lain 1 bayar 10, kalau ikhlas lagi
1 bayar 70, kalau ikhlas lagi 1 bayar 700, ikhlas
lagi 1 bayar 7,000. Kalau sabar terpulang kepada Tuhan, nak bagi 1 juta, 100 juta. Di sini kita nampak
orang boleh sabar ini luar biasa, Tuhan bagi markah
tak kira-kira. Kalau orang pemurah, tawadhuk, orang
pemaaf, Allah tidak bagi pahala tanpa hisab. Mahmudah lain paling tinggi 7,000, sabar tak kira, terpulang
pada Tuhan, begitulah Tuhan sudah janji pada diri-Nya. Siapa sabar Aku akan bagi pahala terpulang
pada Aku sebanyak mana Aku nak bagi. Kalau mahmudah lain, ada kira paling banyak 7,000. Di sini kita
nampak besarnya nilai sabar itu. Orang yang boleh
sabar ini orang yang takut pada Tuhan. Khusyuk
dalam ayat tu maksudnya takut.
Orang pemurah tidak begitu takut dengan Tuhan, dia nak pahala. Orang berani tak mesti takut dengan
Tuhan, dia nak pahala. Tapi sabar kalau tak takut dengan Tuhan, tak boleh sabar.
Dalam Hadis :
Ashobru junnatun
Sabar itu adalah perisai.
Perisai dari apa? Dari jin. Setan tu jin. Yang ajak orang bu
at jahat tu jin. Jadi sabar tu dikatakan perisai.
Seolah dia kata Ashobiru junnatun minal jinnah. Yang bebas dari jinnah masuk jannah.
Sabar tu perisai, jadi besarlah. Di dalam kita
berperang kalau tak ada perisai sudah tentu habis kita
kalah. Zaman dulu kalau berperang tak guna perisai habislah. Jadi sabar tu perisai dari pada jin yang
membolehkan orang masuk Syurga. Ini menunjukkan
sabar itu mudah diperkatakan tapi tak mudah untuk
dipraktikkan. Saya bawa muqadimah ini supaya berfi
kir, kita pandang besarnya sabar. Kalau tidak,
mudahnya kita cakap, sabar ajalah, awak ni tak sabarlah, macam kecil sangat.
Mengapa awak tak suruh anak sembahyang? Sabar saja
lah, itu bukan sabar, tapi dayus. Orang dayus
tak masuk Syurga. Mengapa tak didik isteri? Sabar saja
lah. Itu bukan sabar tapi dayus. Orang dayus tak
masuk Syurga walaupun banyak sembahyang.
Apa takrif atau definisi sabar?
Tahan menanggung atau menerima kesusahan bila diuji kerana keredhoan Tuhan.
Moga-moga takrif itu betul.Itulah takrif sabar, tahan
menderita bila diuji, kerana Allah. Ada orang tahan
diuji, tapi tidak ada hubungan dengan Tuhan. Ada or
ang tahan diuji, diludah orang, tapi tidak ada
hubungan dengan Tuhan, tidak sembahyang. Itu bukan sabar, hati sudah jadi kayu. Ditempeleng tak apa.
Itu sabar istidraj, setan tipu.
Sabar ni yang besarnya atau secara umum boleh dibagi 3 bahagian
1. Sabar melaksanakan suruhan Tuhan
2. Sabar meninggalkan larangan Tuhan
3. Sabar menerima ujian susah dari Tuhan
1.
Sabar dalam menunaikan perintah Tuhan
Iaitu dalam melaksanakan perintah Tuhan dia san
ggup susah payah, miskin. Contoh sembahyang, ia
perintah Tuhan, walaupun susah tetap dilaksanakan di
atas waktu. Walaupun susah, tetap khusyuk, tetap
dibuat, walaupun susah tidak gopoh gapah. Kalau tak
sabar, tak buat langsung, kalau sabar sikit buat
juga, tapi cepat-cepat atau buat di hujung waktu.
Itu tak sabar dalam menunaikan suruhan Tuhan.
Begitu juga dengan jihad dan berjuang. Dengan jihad wang habis, masa habis, isteri marah, anak marah,
musuh banyak. Kalau tak sabar tak buat atau buat lebih kurang.
2.
Sabar dalam meninggalkan larangan Tuhan
Yang ke-2, tahan menderita atau sabar dalam meninggalkan larangan. Kalau suruhan Tuhan,
kebanyakannya nafsu tak nak. Tapi kita usaha juga sampai nafsu jadi nak, itu sabar. Dalam hal menjauhi
larangan Tuhan, nafsu memang nak buat, dia seronok. Tapi kita tahan dia, kita kata tak nak. Macam jin,
nafsu nak, nak halang dia bukan senang. Nak teng
ok perempuan lama-lama nafsu nak, bukan senang
nak halang. Begitu juga nak maafkan orang, tapi t
ahan juga perasaan walau pun jatuh wibawa, maafkan.
Nampak senang, tapi tak mudah. Kiaskan dengan yang lain.
Seorang yang sabar dalam meninggalkan larangan Tuhan walaupun susah dia boleh tinggalkan juga.
Kalau nafsu tak nak, kita paksa jadi nak, susah si
kit. Contoh nak beri maaf pada orang, senang ke?
Lebih-lebih kalau isteri yang salah pada kita? Tak larat nak maafkan isteri. Pemimpin nak maafkan
rakyat, susah. Aku siapa? Yang lain-lain kias.
3.
Sabar dalam menerima ujian susah dari Tuhan
Sabar ke-3, sabar dengan ujian.
Ada 4 kategori besar.
1. Sabar dengan kesusahan . Ia boleh dibagi lagi sabar dengan sakit. Sabar dengan miskin, sabar
dengan kemalangan dan bencana alam, sabar dengan kejahatan orang. Kalau kita tak sabar dengan
miskin, nak atasi miskin, kita mencuri menipu merompak dan sebagainya.
Begitu juga kalau kita tak sabar dengan sakit. Kita
sakit tak sembahyang, tak puasa, tak berjuang, hati
keluh kesah. Lepas tu kecewa, lagi besar salahnya, ka
lau kita lajakkan putus asa, lagi berat. Kalau kita
tak sabar dengan sakit mula-mula jiwa gelisah, kalau ikutkan lagi kecewa, ikutkan lagi putus asa. Mati
dalam putus asa, mati kafir. Mati dalam kecewa dosa besar.
Firman Tuhan,
Jangan kamu putus asa dengan rahmat Allah.
Ada Hadis mengatakan,
Siapa putus asa itu kafir. Tidak ada orang yang putus asa melainkan kafir.
Sebab tu orang yang putus asa bunuh diri dan itu kafir.
Kemudian sabar dari kemalangan dan bencana alam. Kalau kita tak tahan dengan bencana alam
sehingga tak sembahyang tak puasa, jadi pemarah macam-macam kesalahan boleh berlaku. Begitu juga
kesusahan yang dilakukan kejahatan manusia. Kalau kita tak sabar, bukan saja kita nak balas dendam,
dia hasad dengki dengan kita kita hasad dengki dengan dia. Dia susahkan kita, kita ajak begaduh.
Memikirkan kejahatan orang pada kita, fikir nak balas dendam dengan orang sampai kita tak berjuang,
tak sembahyang, tak puasa, tak ingat Tuhan. Rosaklah.
Kategori 2, tak sabar hendak dapat kesenangan . Bila
tak sabar nak senang, tipu orang, rasuah, curi
barang orang dan sebagainya. Tadi kerana susah, in
i kerana nak senang. Orang yang tak sabar ni boleh
mencuri, rasuah, dan sebagainya.
Ke-3, sabar berhadapan dengan nikmat . Ini lagi susah. bila tak sabar dengan nikmat, nikmat tu macam-
macam kategori, kaya, jawatan dan lain-lain. Katalah kaya, kalau tak sabar dia jadi membazir. Tak sabar
dengan kekayaan dia jadi bakhil. Kalau tak sabar de
ngan kekayaan, dia jadi bermewah-mewah sebab dia
ada. Atau dia jadi sombong. Ini berpunca dari tak sabar. Tak sabar nak sombong dengan orang sebab
kaya, tak sabar nak nunjuk-nunjuk.
Kalau nikmat tu jawatan, jawatan tu tinggi pula,
tak sabar nak balas dendam nak kaut untung. Tak sabar
dengan musuh, ada kuasa nak tekan, nak hukum. Tak sabar nak beri kekayaan pada kroni.
Kalau macam itulah huraian, setakat itupun, tak mudah sabar ni. Patutlah pahala orang yang sabar
pahalanya tanpa hisab, tak ada limit, sebab dia susah. Mahmudah lain mudah tapi ganjaran paling bayak
7,000. Sabar, kerana susahnya ganjaran tak ada limit. S
ebab tu rasul yang dapat ulul azmi dirujuk dari
sabar hanya 5 orang.
Jadi sabar itu tak semudah yang kita sebut, mudah di
sebut tapi susah dilaksanakan, 1 aspek pun susah,
sedangkan sabar banyak aspek. Kalau dibanding dengan
pemurah, tawadhu, sabar sangat susah, siapa
dapat sabar dirinya sudah ada perisai dari pada diti
pu setan dan dia akan masuk Syurga. Kalau
pemurah, tawadhu belum ada perisai. Begitu juga berani pemaaf, belum ada perisai.
Jadi munasabahlah
sabar itu susah
. Mudah diperkatakan tak mudah dilaksanakan. Oleh kerana sabar
tu susah, kita pun lari dari pada nak bersabar. Mengapa tak didik anak, sabarlah. Mengapa tak didik
isteri? Sabarlah. ini dayus, dayus tak masuk Syurga.
Patutlah Tuhan cakap,
was tainu bishobri, sebab susahnya, maka kena minta tolong dengan Tuhan.
Yang lain Tuhan tak suruh minta tolong. Kalau tidak minta tolong pada Tuhan, kita tak boleh buat s
No comments:
Post a Comment