Tuesday, 26 January 2016

WAKTU MAGHRIB TUTUPLAH PINTU



Semasa azan maghrib berkumandang,syaitan bertempiaran masuk ke rumah yang pintu/tingkap masih terbuka.Seram,kan kalau kita membenarkan syaitan 'menumpang'. Lagipun masa senja ni umpama siang untuk syaitan.Aktif mencari 'makanan','tempat tinggal' & mangsa untuk dirasuk/diperdaya.
Ingatlah, menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Bila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah pada waktu dia masuk & pada waktu dia akan makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya : "Tidak ada tempat untuk bermalam & tidak ada makan malam untuk kamu." Akan tetapi jika seseorang masuk ke dalam rumahnya tanpa menyebut nama Allah,maka syaitan berkata "Ada tempat bermalam untuk kamu semuanya." Bila dia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya "Ada tempat untuk kamu semuanya bermalam & makan malam ." [HR. Muslim]
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.
Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)
<<< jom kita saling ingat mengingati << Salwa Sis Wa, Jamilah Abu Bakar, Mak Tok Lily, Zamnah Zuraini, Zaitrisya Othman, Mimie Zalie, Siti Haida Abu Bakar, Aziah Abu Bakar, Nina Shaari, Siti Hajar, Siti Arpah Salleh, Mahida Ahamed, Adilah Hadri, Suliyati Anwar, Zulina Nazri, Alina Saad, Meme Norraya Yahya, Morhaliza Raffie, Rohana Razali, Hafis Blanje, Norida Razali, Latifah Talib, Latifah Ifah Benjamin, Hjh Saodah Yahya, Halina Enna, Maimunah Ahmad & all frens

No comments:

Post a Comment