RIYA' / MENUNJUK-NUNJUK
Riyak
berasal dari perkataan arab iaitu ‘ro’a’ yang bermaksud melihat. Maka
riya’ pula bermakna memperlihatkan. Dalam istilah Islam pula bermakna
menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana
mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas
dan penuh kepalsuan.
Riyak
bermaksud sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan
pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian,
pangkat atau kedudukan. Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk
kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan
ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala
manfaat dunia.
Riyak
berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan
menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak
agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan
dan sementara. Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan
kepalsuan.
Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim
Riyak
dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling
ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus
dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Dosa syirik
tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat
nasuha agar diampuni dosa ini.
Kenapa riyak dikatakan syirik?Kerana
kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang
kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan
kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada
ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik.
Ketahuilah
bahawa riyak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk
mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji
serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain
agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan
amalnya. Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu rasa ingin dipuja
ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH
SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.
Mereka
gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya
ini adalah semata-mata kerana riyak iaitu ingin mendapatkan pujian
semata-mata. Riyak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi
menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk
mendapat pujian. Antara contoh-contoh riyak adalah :
1- Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
2- Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
3- Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
4- Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.
Ada
juga segelintir orang, status terkini di facebook dan di blog-blog
gemar diisi dengan menceritakan diri sendiri telah melakukan kebaikan
itu, kebaikan ini,berpuasa,qiamullail, bersedekah, hebat itu dan ini dan
sebagainya. Tidak salah untuk menunjukkannya agar orang lain turut
mengikuti, namun Islam menganjurkan agar merahsiakan segala amalan baik
kerana takut perasaan riyak akan timbul.Rasulullah s.a.w bersabda
mafhumnya, “Serendah-rendah riyak adalah syirik.“
Nabi Muhammad Saw berkata : Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’
Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadistnya yang mulia :
Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Al Imam Ahmad )
Sepertimana firman Allah Ta'ala;
Maka
weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang
yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak
(menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Mauun Ayat 4-
Jika
bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika
dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang
meninggalkan sembahyang.
Sembahyang
dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat
dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa
bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja
tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang
tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu
sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih
dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang dan ibadah yang
sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau
Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan
Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun
kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia
itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat
baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas
saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat.
Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.Mereka bersembahyang dan
beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia
menyuburkan mazmumah.
Yang
sebenarnya hakikat semuanya ini bermula dengan niat. Jika murni niatnya
maka tiadalah menjadi masalah namun sekiranya ada kesamaran lebih baik
dirahsiakan amalan-amalan baik ini supaya tidak rosak dan diredhai
Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Amalan
seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat
apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana
Allah dan rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi
bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di
dunia atau pun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang
diniatkannya semasa dia berhijrah.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Cara
yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia
terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita
sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik.
Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk
mencari keredhaanNya.
Firman
Allah Taala, mafhumnya:“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di
akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang
menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari
keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di
akhirat.” Surah As Syuura : Ayat 20
No comments:
Post a Comment