Thursday, 7 January 2016

KITA TETAP MANUSIA BIASA, KADANGKALA PENUH EMOSI


Sebagai manusia, kita dah usaha sehabis baik, seikhlas mungkin & sedaya yang boleh untuk kebaikan semua orang tapi tetap kadang-kadang buruk kita yang dinilai, salah jugak yang tetap nampak di mata. Kadang-kadang kita dah cuba bagi yang terbaik, tapi salah nya tetap ada. Kadang- kadang kita dah cuba buang yang buruk, tapi tetap salah kita yang dipertikai. Kadang -kadang kita rasa nak stop kejab daripada terus melangkah berjalan. Sebab nya kita penat sangat nak baiki semua salah silap kita, sedangkan nobody will appreciate it. Tapi kita gagahkan diri jugak teruskan berjalan sebab kita sentiasa yakin Dia sentiasa ada dengan kita.
Kita buat yang terbaik untuk orang2 kesayangan kita. Kita jugak manusia biasa, ada silap dan salah, ada kurang sana sini. Tapi sepayah dan sesukar mana pun perkara yang kita kena hadap, tetaplah within this 4 walls je. 4 dinding jelah jadi saksi macam mana struggle kita untuk jadi yang terbaik. Mungkin Allah nak suruh kita banyak kan lagi sabar, tengok salah sendiri. Di saat kita rasa kita sorang-sorang struggle alone. Kita yakin Allah sentiasa ada dengan kita, Saat kita rasa kecewa dan sedih, kita serahkan semuanya pada Dia, sebab hanya Dia saja yang faham segala yang kita rasa, Bulat kan hati pada Dia semuanya. Serahkan segalanya, lapangkan dada and thats it teruskan jalan macam biasa.
Kadang-kadang kita selalu cakap dekat diri sendiri, mungkin bila kita dah takda, baru orang akan tahu kenapa kita selalu tegur sana sini(membebel sambil mengingatkan). Mungkin bila kita dah takda nanti baru orang akan bagitau kita perkara yang benar-benar sahaja ( no hidden issue/no lies). Mungkin bila kita dah tak nampak didepan mata, baru orang tahu betapa kita bersungguh nak baiki keadaan dan bagi yang terbaik. Mungkin bila suara kita dah tak lagi kedengaran, baru orang akan sedar akan wujudnya kita..mungkin! But its okay! sehingga sampai saat dan ketikanya, kita tetap akan macam ni. Tetap sayang semua kesayangan kita. Tetap bagi yang terdaya dan terbaik. Tetap berdoa semoga suatu hari nanti awan-awan hitam akan berlalu pergi dan tetap telan semua yang ada didepan mata walaupun kadang2 kita sendiri yang sakit. Dan sebenarnya inilah harga yang kita kena bayar untuk ada dalam keadaan sekarang.
Walau apa pun, kita tetap manusia biasa yang kadang kala penuh dengan emosi. Nampak macam kuat, tapi internal nya Allah saja yang tahu. Selalu nampak kita ketawa, tapi hati kita Allah je yang tahu, kecewa nya kita, Allah jugak yang tahu. Bila kita dah penat nanti, kita akan berhenti memberi. Masa tu jugak, mungkin kita dah ready untuk semua keadaan. Mungkin ada tempat lain yang lebih perlukan kita, yang boleh jujur dengan kita, yang boleh terima siapa kita. Dan pastinya, akan tiba saat yang kita akan hanya perlu diam dan pergi. Saat itu pasti tiba, sebab kita cukup kenal dengan diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment