Thursday, 7 January 2016

THEY ARE STRUGLE TOO..LIKE YOU!

THEY ARE STRUGLE TOO..LIKE YOU!
Tak usah terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan-kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah-masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain. Daripada terus membincangkan perkara-perkara yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.
Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti. Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia-siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna. Smile to people, they are strugle too..like you. I hope this quote will bring back a smile into your face

No comments:

Post a Comment