TIDAK MUSTAHIL DI HADAPAN ALLAH NANTI.. ORANG YANG PERNAH MEMBUAT DOSA KETIKA DAHULU LEBIH MULIA DARI KITA
Kita jangan menghina pendosa seolah-olah kita tidak pernah berdosa. Cuba renungkan kembali kehidupan kita ini. sememangnya tiada seorang pun mahukan hujung hayat mereka diakhiri dengan cara yang terburuk. Tapi tanyakanlah pada hati kita ini, siapa boleh jamin bahawa kita yang kononnya merasa diri sentiasa beramal ibadat ini, akan mati dalam keadaan yang baik? Siapa pula yang boleh jamin bahawa orang yang kita katakan jahat kerana selama hidupnya membuat maksiat itu, hujung hayatnya adalah buruk?

Siapa tahu, orang yang kita lihat kaki maksiat dan sentiasa buat dosa
selama hidupnya, tiba-tiba mati sebagai kekasih Allah? Siapa tahu, kita
yang hidup dengan segala macam perbuatan yang baik, tiba-tiba kita mati
dalam kekufuran. Wal’iyazubillah! Tidak cukup kah kisah-kisah teladan
yang kita dengar selama ini untuk menjadi peringatan buat diri kita
sendiri. Usahlah diri kita sibuk melihat keburukan orang lain.
Pandanglah kepada keburukan diri sendiri. Hukumlah diri sendiri, jangan
suka menghukum orang lain.
Hidupkan cahaya iman dalam diri agar kegelapan hati dapat kita sinari. Letakkanlah cermin wara’ di hadapan kita supaya dapat kita melihat kesilapan diri kita sendiri. Labuhkanlah tirai Taqwa di sekeliling kita agar kita terlindung daripada memandang keburukan orang lain. Kemudian muhasabahlah diri sendiri. Risaukanlah tentang diri, kerana kita tidak tahu apakah hujung hayat kita nanti akan kekal sebagai husnul khotimah.

No comments:
Post a Comment