8/1/2015 3.25pm
Bila kita pergi satu majlis kematian atau pon paling senang bila kita sendiri yang mengalami kematian orang tersayang atau pon kita sendiri yang sedang berduka, mesti kawan-kawan kita, cikgu-cikgu kita, jiran-jiran kita dan orang-orang lain akan cakap "sabar yee, ini ujian Allah. kamu mesti banyak bersabar.." atau pon "sabarlah, semua ni mesti ada hikmah..." tak pon kalau nak lebih menenangkan hati orang yang ditimpa musibah itu, diorang akan cakap "Allah bagi ujian ni kat kamu sebab Allah tahu kamu kuat. Allah sentiasa bersama orang yang sabar, ok."
Kat dunia ni mana ada orang yang tak ditimpa masalah. Mana ada manusia
kat dunia ni yang selalu bahagia dan tenang je hidup dia. Bila kita
ingat balik sirah-sirah Rasulullah SAW, baginda pon selalu sangat
ditimpa kesusahan. Lebih payah daripada kita yang manusia biasa ni
dipandangan Allah. Allah ciptakan dunia ada sebab. Allah ciptakan
akhirat pon ada sebab. Dan setiap perjalanan kita kat dunia mesti ada
banyak halangan dan liku-liku berduri untuk kita sampai ke akhirat
dengan tujuan yang suci dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. Aku
selalu ingat ustazah cakap, "Mana ada orang yang takde masalah. Saya
sendiri ni pon ada masalah." Kata-kata ustazah ni membuatkan aku
sentiasa berfikir yang hidup ni memang selalu akan diuji. Tak kiralah
orang tu alim mana, jahil mana sekalipon memang akan diuji. Memang tak
boleh lari daripada ujian dan masalah.
Kadang-kadang aku terfikir, mulut orang atau mulut kita sendiri memang
senang nak ucapkan kata sabar tu pada orang yang tengah susah tapi
sebenarnya nak lalui perkara perit tulaahh hanya orang yang ditimpa
musibah tu jelah yang tahu sakitnya. Jika orang beriman, dia akan
sentiasa bergantung dan percaya janji Allah walaupon hati dia sedang
berduka menangis meratapi nasib yang melanda diri kala itu.
Rasulullah SAW bersabda,
Rasulullah SAW bersabda,
" إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط "
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala' yang menimpa. Dan
sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan.
Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh
keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakan sebagai hasan dalam Sahih dan Dhai'if Sunan al-Tirmidzi.]
Masa kecik-kecik dulu, aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang Islam
kena takut Allah? Padahal aku tak rasa apa-apa pon. Bila ada orang tanya
aku takut Allah ke tak. Aku just cakap takot sebab aku tahu memang
orang Islam takut dengan Allah. Kalau aku cakap tak karang diorang cakap
aku ni jahat sebab tak takut Allah. Time tu aku dah mula rasa yang aku
ni kurang ajorr gila sebab tak rasa takut dengan Allah. Dan time tu
jugak aku mula cuba rasakan dalam hati ni untuk takut dengan Allah.
Malangnya tak berjaya dan aku pon buat dekk jelah dengan perkara tu.
Yelah, dah tak takut. Nak buat macam mana kan. Dah paksa takut pon tak
boleh. Memang parah lahh. Tapi... tu time aku kecik-kecik dulu.
Bila dah semakin besar, dah baligh, kematangan semakin bercambah dalam
diri ini. Dengan pelbagai masalah , dugaan dan ujian yang aku tempuh,
aku baru tahu kenapa umat Islam terutamnya orang beriman selalu takut
dengan Allah dan ada yang sentiasa menangis sebab takut gila-gila pada
Allah SWT. Perasaan takut kan Allah aku sendiri rasa dan memang sangat
takut. Kita sebenarnya tak takut Allah tapi takut dengan balasan Allah.
Tu kenyataan yang tersirat yang orang bukan Islam kurang
faham. Disebalik rasa takut tu aku jugak kadang-kadang tak menghiraukan
perasaan tu dan terus melakukan dosa. Tu memang namanya manusia. Tu lagi
kurang ajorr daripada masa kecik-kecik dulu sebab tak takot Allah. ayat bebelit.
Semakin lama, bila banyak sangat ujian dahsyat yang Allah bagi kat aku
semakin aku tahu banyak hal tentang agama. Dan semakin banyak aku rasa
dengan apa yang aku tak rasa selama ni. Masa kecik-kecik aku paling tak
suka mengaji. Siap sampai satu hari tu aku kena marah dengan ayah aku
sebab taknak pergi mengaji. Amek kau. Menangis-nangis tepi tingkap aku
mase tu. Hahah. Aku pernah tipu ibu, cakap Makcik yang ajar aku ngaji tu
takde. Padahal makcik tu siap telefon ibu aku kenapa aku tak datang
ngaji. Memang kantoi masa tu. Plan tak strategik. Biasalah, budak kecik
mana ada pemikiran yang cerdik untuk menipu. Hohohoho
kalam Allah SWT
Tapi sekarang ni aku baru rasa yang mengaji tu memang sangat
menyeronokkan. Kadang-kadang pon ada ter-skip mengaji jugak. Hihihi.
Tapi seronok-seronok pon takdelah sampai tajwid pon langgar. Aku tak
macam tu. Aku ikut tajwid. Nasib baiklah aku ada ibu yang sentiasa pakar
bab tajwid ni. Ibu selalu pergi kelas mengaji dan aku rasa ibu buat
macam tu sebab ibu nak anak-anak dia pandai mengaji. Beruntung kami
berempat. :)
Manusia bila dah ditimpa susah mula menjadi lemah, stress, putus asa,
dan mulalah menjadi tidak tentu arah. Putus harapan dengan rahmat Allah.
Allah ada berfirman,
"Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Alaah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Surah Az-Zumar, ayat 53]
Ramai yang kadang-kadang terlepas pandang dengan ayat Allah ni. Ada
jugak yang dah tahu tapi meragukan janji Allah ni. Bila syaitan sudah
datangkan was-was memang susah hati nak tenang. Aku selalu terkena
was-was syaitan laknatullah ni. Bila dah banyak buat dosa, mulalah rasa
Allah dah tak sayang, Allah dah taknak dengar doa-doa aku. Tu yang
selalu buat jiwa stress. Syaitan memang kurang ajorr. Tak puas hati je
memanjang. Tapi kita ikut jugak si syetan-syetan tu. Ya.aku pon terikut jugak syetan-syetan tuu kadang-kadang
Banyak cara nak pujuk hati kita ni supaya redha dengan dugaan Allah. Salah satunya, kita mesti ajar hati kita untuk sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai apa jua dugaan kerana otak kita dah simpan memori bahawa selagi kita hidup kita akan sentiasa diuji. Selain tu jugak kita perlu berubah daripada tak baik jadi baik. Daripada sudah baik menjadi lebih baik. Mula berubah dengan perlahan-lahan. Sesetengah orang memang susah nak berubah mendadak. Insya-Allah, Allah faham. Lepas tu kita kena paksa diri, ubah diri ni yang hanya pandai tahu cakap tapi tak buat. Ubah niat kerana Allah. Orang yang nak berubah kerana Allah semata-mata nanti Allah akan hadirkan orang yang baik-baik je dekat dengan dia. Lepas tu kita kena kuat pada matlamat yang kita nak berubah !!! Taknak lagi tinggal solat ! Taknak lagi abaikan waktu solat !! Taknak lagi remehkan solat !!! Mintak petunjuk Allah dan yang pasti jangan pernah berhenti berdoa walaupun hanya berdoa
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّر
Insya-Allah, Allah akan bantu kita. Yeahh !
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. kerana sesungguhnya
bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu
ada kemudahan.
[Al-Insyirah, ayat 4-6]
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash ,
"Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat."
[ Riwayat Al-Bukhari]
Senyumlah
walau kehilangan sesuatu yang amat kamu sayang
kerana akhirnya kamu akan sedar
betapa Allah mencintaimu lebih daripada apa yang engkau perlukan.
No comments:
Post a Comment