Tuesday, 12 January 2016

SIAPA KAWAN KITA ?

SIAPA KAWAN KITA ?
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna melainkain Nabi Muhammad SAW, kita masing-masing ada kekurangan, ada kelemahan, sebab itulah kita kena saling melengkapi, jangan kita pandang rendah pada sesiapa, sebab kita juga akan dipandang rendah oleh orang lain. Sahabat Rasulullah ramai dari kalangan miskin, sanggup berkorban, jiwa raga kepada Allah kerana Rasulullah sumber ilmu pengetahuan, dan sumber akhlak yang mulia. Jadikan diri kita sahabat berkorban masa dan tenaga, membawa kawan kepada kebaikan. Dont ask what they will give you, instead ask yourself to give them, kebaikan.
Biarlah kita dapat kawan yang jenis terus terang, sebab kebenaran memang menyakitkan tapi ia memberi kebaikkan. Kita jangan jadi orang yang tak suka orang tegur pasal kelemahan dan keburukkan kita, sebab itulah manusia yang sombong, terima lah teguran jika kita ditegur. Kalau kita ada kawan yang jenis suka menegur tanpa mengaibkan kita, suka mengingatkan kita padaNya, pada tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, maka jagalah kawan tersebut, hargai jenis kawan yang macam tu, sebab Allah SWT datangkan orang yang baik-baik sebagai tanda Dia sayangkan kita, tak mahu kita hanyut jauh dengan keseronokkan dunia yang tak kekal.
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (Tarmizi).
Huraian dalam hadis ini, Rasulullah ada mengingatkan mengenai kawan yang baik yang perlu dicari dan dipilih untuk menjadi panduan dan ikutan. Iaitu mereka yang dapat menjadi contoh teladan dalam semua bidang kehidupan. Dan bila kita berkawan atau mendekatinya dia akan memberi keuntungan sama ada dalam kehidupan dunia atau akhirat. Dia dapat menambahkan ingatan kita kepada Allah, ilmu juga akan bertambah di samping dapat menambah semangat jitu untuk beramal dan berbekal untuk hari akhirat.
Pilih lah rakan yang pemikirannya islamik bukan sekadar matang saja. Pemikiran yang matang lahirnya daripada pemikiran yang lebih islamik. Jika pemikiran rakan kita itu islamik, insyaallah, kelakuannya akan menyenangkan kita. Oleh itu carilah kawan yang baik dan dapat membantu kita dan memberi semangat untuk beramal.

No comments:

Post a Comment