Assalamualaikum...29/1/2016 11.30am
Kesedihan
Tulisan asal: Dr. Aidh Al-Qarni
Masa lalu
seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang
kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan
sekarang dan belum tentu akan datang.
Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.
Berbuat
baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan
hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.
Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.
Rezeki
semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu
mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat
datangnya rezeki.
Akhlak
seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak
berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang
tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian.
Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.
So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
Jalanilah hidup ini apa seadanya
Keadaan
didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan
banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan
hidup.
kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.
Kita tidak
akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat
tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang
menyukarkan.
Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka. Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil
Allah SWT
menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling
berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang
saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan
kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.
Jalanilah
hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut
dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita
untuk dapat menerimanya serta menikmatinya!
Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.
Sebab
keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan,
mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah
sempurna dimata kita.
Tapi
janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu
perangainya, mungkin kita akan menyukai perangai dia yang lain.
Marilah
kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali,
meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari
beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara
yang menggangu.
Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..
No comments:
Post a Comment