Monday, 11 January 2016

SIBUK SANGAT MELAYAN DIA SANA, DIA SINI... HINGGA LUPA DIA YANG SATU


SIBUK SANGAT MELAYAN DIA SANA, DIA SINI...
HINGGA LUPA DIA YANG SATU
Lepas je solat terus capai handphone melayan whatsapp, instagram, wechat, twitter atau fb bagai. Rasa bahagia bersama dia disana, bergurau senda dengan dia disini. Laju je jari menari-nari atas skrin sambil tersenyum sendirian. Lupa adab dengan Allah lepas solat. Tiada zikir, doa ala kadar, alunan ayat cinta-Nya memang tak lah, semuanya di ambil mudah. Kau ambil berat melayan dia, dia dan dia di sana sini dan kau lupa pada Dia yang satu.
Tapi, cuba bila time hati kau remuk, time kau tersungkur, tak larat nak bangun, tak mampu nak handle suatu ujian?? Kau terkapai mancari bahu untuk menangis saat duka menimpa diri .. kerana apa? sebab kau lupa , cinta Dia itu jauh lebih indah, hingga kau lupa nikmatnya tangisan di saat dahi rapat menunduk sujud dan menangis padaNya.
Bila kau susah, kau cari Allah. Bila kau rasa senang sikit, mudah saja kau lupakan Dia. Doa kau jadi bersungguh2. Zikir kau jadi khusyuk. Alunan bacaan surat cinta dari-Nya dibiarkan menyusup di hati. Cubalah belajar untuk setia. Setia bercinta denganNya tak kira susah atau senang. Ayuhlah.. kembali menempuk dada menyedarkan hati, mambangkitkan jiwa, membangunkan diri CINTA ALLAH tu MAHA AGUNG dan SANGAT INDAH.. kembalilah padaNya .

No comments:

Post a Comment