Hidup kadang-kadang ada karmanya. Hari ini kita melukakan hati insan lain tidak mustahil satu hari hati kita pula dilukai dan disakiti. Oleh kerana itu kita harus sentiasa beringat bahawa langit tidak selalu cerah, ada ketika mendung hadir tanpa diduga. Mungkin sekarang kita bahagia atas penderitaan insan lain, esok lusa kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Jangan iri dengan kelebihan insan lain sentiasa berdoa agar kelebihan seseorang itu dapat melengkapkan kekurangan insan lain yang memerlukan dan sentiasa didik hati kita agar sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
Setiap kali kita marah kerana kesilapan orang lain, fikirkan kita juga
pernah buat orang lain marah.. Sebelum kita berhasrat dengki dengan
orang lain, ingatlah! Allah sudah menyiapkan bahagian rezeki untuk
setiap umatnya.
No comments:
Post a Comment