INGATLAH ALLAH JUGA SEDANG MENILAI KITA
Sebagaimana cinta, benci itu adalah satu perasaan ampuh yang sekelip mata mampu mendiami hati. Kita memang terluka. Dan pedih luka itu hanya kita sahaja yang lebih cukup tahu. Tapi berpadalah dalam membenci. Cuba saja bayangkan. Di akhirat nanti. Benci itu bolehkah terbawa sebagai amal? Memaafkan? Ya memakan masa. Tapi untuk terus terusan membenci. Bukan terserah pada kita dengan layaknya.
Bila semua salah
dimata kita atau bijak sekali kita mencari cari kesalahan, hati hati,
boleh jadi kitalah yang bermasalah. Berkata baik atau diam, menasihati
atau mendoakan, apakah kurang tuntunan dan panduan Nabi pada kita semua?
Saat kita menilai ingatlah Allah juga sedang menilai kita. Jika kita
tidak mampu menasihat menegur kesalahan dengan baik. Jagalah pula hati
dan buku catatan kita, dengan memaafkan dan mendoakan agar dia diberi
hidayah. Jangan 'Neraka' kan makhluk Allah sedang engkau sendiri belum
pasti akan ke 'Syurga'.
Alhamdulillah masih punya kawan yang sentiasa menasihati dan mengingatkan. Kawan biar dengan semua orang supaya kita kenal mana kawan yang patut kita contohi dan mana kawan yang patut kita perbaiki. Kehidupan penuh dengan permainan. Lagi ramai kita kenal jenis manusia. Lagi banyak hati kita kena jaga. Moga Allah jagakan ukhuwah yang dibina. Moga Allah redha. Orang alim kata, makin kita benci orang, makin kurang sifat sayang dalam diri. Nak 'improved' kan diri? Maka mulakan dari hati. Bila hati tenang, hidup jadi senang. InsyaaAllah..

No comments:
Post a Comment