Sunday, 17 January 2016

DIAM.. MALAS NAK LAYAN DOSA KERING




DIAM.. MALAS NAK LAYAN DOSA KERING
Kita diam bukan bererti bisu, tapi tak berminat nak ambil tahu. Menjauhkan diri bukannya sombong, tapi malas nak layan dosa kering. Jangan mencaci, kalau tak bergossip bukannya rugi. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum. Manusia, hanya mampu menilai apa yang ia lihat..Tapi yang tersembunyi, tak sekalipun ia dapat menilainya. Cara terbaik menghukum orang adalah diamkan saja, tidak usah dipedulikan lagi. Itu sudah menyakitkannya sekali. Diam adalah ibadah tanpa kelelahan. Keindahan tanpa perhiasan. Kewibawaan tanpa penguasaan. Kita tak perlu beralasan kerana diam, aib manusia akan tertutupi.
Kadang kadang diam itu lebih baik. Banyak bicara hati kita akan keras. Banyak bicara, nanti banyak menyakitkan hati orang. Banyak bicara akan menunjukkan kelemahan kita sendiri. Diam bukan berarti kalah. Diam bukan bererti mengalah. Tapi diam lebih baik. Diam itu lebih baik dari berbicara. Seandainya bicara kita melukai perasaan orang, bertambahlah dosa kita. "Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid - (QS. Surah Qaff : 18)
Sebenarnya kita memilih untuk diam bukan sebab tak tahu apa-apa, tetapi kita tak mahu mengeruhkan lagi suasana. Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap. Menasihati orang yang bersalah tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang lain.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

No comments:

Post a Comment