Bercakap soal dunia, banyak saja perkara
yang akan mengecewakan kita. Adakah saja kerana dunia memang diciptakan
untuk meremukkan hati kita?
ada yang kecewa kerana jodohnya lambat tiba, sedangkan usianya makin lanjut,
ada hati yang gelisah dek keampunan daripada manusia belum diterima,
ada pula yang remuk hatinya apabila ditinggalkan kekasih,
ada juga yang resah tidak ketahuan.
Begitulah hidup ini, sering kali
melelahkan. Namun, tidakkah kita tahu Allah itu mendengar setiap keluhan
kita, biar kita hanya memendam sendiri?
Sedikit tips yang saya mahu kongsikan, harapnya dapat memberikan ilham untuk anda juga, mengubati kekecewaan di hati.
1. INGAT ALLAH
Inilah yang paling utama sekali. Biarlah
jika yang belum baik hatinya berkata, “eleh, bila dah jadi camni baru
nak ingat Allah, sebelum ni berjimba je reti. Ptuiiihhhhh!” . Ah,
biarkan saja, bukankah Allah telah berkata, ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram, seperti yang telah tercatat dalam surah Ar-Rad’ , ayat yang ke 28.
Allah juga berfirman,
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( At -Taubah : 40 )
Ingatlah Allah, bahawa Allah tu dekat,
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
2. Gandakan Istigfar dan Zikir
- Ia adalah zikir yang ringkas, namun, memiliki keutamaan yang luar biasa.
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
- amalkan bacaan yang amat mudah ini.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
3. Solat Sunat Tahajud
Bankitlah untuk bertahajud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Imam al-Mubarakfuri berkata:
“Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka.”Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah agar Allah tenangkan hatimu.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni’.”
(HR Bukhari)
“Why must all this happen to me””Sebab Dia””Sebab apa?””Sebab Allah
sayang awak. Dalam banyak-banyak orang, Allah chose you. There must be a
reason. You must be someone. You must be, special.”
Ini adalah sebahagian perkara yang diajarkan kepada saya untuk
tenangkan hati. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak
tenang?
Marilah berkongsi dengan saya cara anda pada ruangan komen dibawah.
No comments:
Post a Comment