1. MEMBASUH TANGAN
Di dalam bab ini tidak ditemukan satu pun hadis yang benar-benar sahih mengenai membasuh tangan sebelum makan. Imam Baihaqi mengatakan: "Hadis tentang cuci tangan sesudah makan adalah hadis yang berstatus hasan, tidak terdapat hadis yang sahih tentang cuci tangan sebelum makan." [Adabus Syar’iyyah, 3/212]
Oleh itu di dalam
permasalahan ini, seseorang itu dianjurkan mencuci tangannya sebelum
makan untuk membersihkan kotoran ataupun dia boleh sahaja tidak membasuh
tangannya jika tangannya sudah bersih.
2. MEMBACA BISMILLAH
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda:
يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
"Wahai anak, sebutlah nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah yang ada di hadapanmu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan satu perintah yang jelas mengenai membaca Bismillah sebelum makan.
3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang diizinkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
قَالَ فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ
Rasulullah bersabda: "Hendaklah kalian makan secara bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya."
(Riwayat Abu Dawud. Dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani)
4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:
إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وليشرب وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله
"Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
(Riwayat Muslim)
Kadang kala kita melihat ada orang yang makan dengan tangan kanan dan kemudian minum dengan tangan kiri (kerana tangan kanannya kotor). Ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah dilarang. Umat Islam perlu makan dan minum menggunakan tangan kanan.
5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلَا يَأْكُلْ مِنْ أَعْلَى الصَّحْفَةِ وَلَكِنْ لِيَأْكُلْ مِنْ أَسْفَلِهَا فَإِنَّ الْبَرَكَةَ تَنْزِلُ مِنْ أَعْلَاهَا
Dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Apabila salah seorang di antara kalian makan makanan maka janganlah ia makan dari atas piring, tetapi hendaknya ia makan dari bawahnya, sesungguhnya berkah turun dari atasnya."
(Riwayat Abu Dawud. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُوا مِنْ حَوَالَيْهَا وَدَعُوا ذِرْوَتَهَا يُبَارَكْ فِيهَا
Rasulullah SAW bersabda lagi: "Makanlah dari sekitarnya dan biarkan bahagian atasnya maka akan diberkahi padanya."

6. TIDAK BERSANDAR
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda:
لَا آكُلُ وَأَنَا مُتَّكِئٌ
"Aku tidak makan sambil bersandar."
(Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah juga tidak pernah makan di atas meja. Di dalam sebuah hadis diriwayatkan:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا أَكَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ
Dari Anas bin Malik ia berkata: "Nabi SAW tidak pernah makan di atas meja..."
(Riwayat al-Bukhari)
7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.anhu pernah memberitakan:
مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
"Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sekali pun. Bila beliau berselera, maka beliau memakannya dan bila tak suka, maka beliau meninggalkannya."
(Riwayat al-Bukhari)
Ini agak berbeza dengan budaya masyarakat di sini yang kadang kala tetap menyuruh seseorang itu menghabiskan makanannya sekalipun orang tersebut tidak berselera terhadap makanan tersebut. Yang benar adalah jika dia tidak menyukainya, dia boleh sahaja meninggalkan makanan tersebut.
8. MAKANAN UNTUK DUA ORANG CUKUP UNTUK TIGA ORANG
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامُ الِاثْنَيْنِ كَافِي الثَّلَاثَةِ وَطَعَامُ الثَّلَاثَةِ كَافِي الْأَرْبَعَةِ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Makanan untuk dua orang cukup untuk dimakan tiga orang, dan makanan tiga orang cukup dimakan untuk empat orang."
(Riwayat Muslim)
Biasa sahaja kita lihat di kedai-kedai makan umpamanya, setiap orang memesan menu masing-masing sedangkan boleh sahaja bagi mereka yang bertiga untuk berkongsi makanan yang tersedia untuk dua orang.
9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ وَقَالَ إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الْأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ
Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW jika makan makanan, beliau menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali, beliau bersabda: "Jika suapan salah seorang dari kalian jatuh, maka hendaknya ia membersihkannya dari kotoran dan memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk syaitan!"

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ وَإِذَا أَتَى الْخَلَاءَ فَلَا يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ
Dari 'Abdullah bin Abu Qatadah dari ayahnya ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian minum, maka janganlah dia bernafas dalam gelas...."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
11. MAKAN SEKADAR MEMENUHI KEPERLUAN
Umat Islam tidak seharusnya makan berlebih-lebihan sehingga menyebabkan dirinya terlalu kenyang. Memakan terlalu banyak boleh memberi kemudaratan kepada individu itu sendiri bahkan boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi malas. Nabi SAW bersabda:
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ، بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ، وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ، وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
"Tidaklah anak cucu Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah. at-Tirmidzi mengatakan hadith ini hasan.)
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan dari Ibn 'Umar, baginda bersabda:
المؤمن يأكل في معى واحد والكافر يأكل في سبعة أمعاء
"Seorang mukmin makan dengan satu usus, sementara orang kafir makan dengan tujuh usus."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah)
12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim meriwayatkan daripada bapanya:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَأْكُلَ الرَّجُلُ وَهُوَ مُنْبَطِحٌ عَلَى وَجْهِهِ
"Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap."
(Riwayat Ibn Majah. Dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani)
13. BERKUMUR SETELAH MAKAN
حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خَيْبَرَ فَلَمَّا كُنَّا بِالصَّهْبَاءِ قَالَ يَحْيَى وَهِيَ مِنْ خَيْبَرَ عَلَى رَوْحَةٍ دَعَا بِطَعَامٍ فَمَا أُتِيَ إِلَّا بِسَوِيقٍ فَلُكْنَاهُ فَأَكَلْنَا مَعَهُ ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَمَضْمَضَ وَمَضْمَضْنَا مَعَهُ ثُمَّ صَلَّى بِنَا الْمَغْرِبَ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
Suwaid berkata, "Kami keluar bersama Rasulullah SAW menuju Khaibar, ketika kami sampai di Shahba', beliau minta untuk disiapkan makanan. Dan beliau tidak diberi hidangan kecuali hanya sawiq, kami lalu makan bersama beliau. Kemudian beliau minta diambilkan air, beliau lalu berkumur dan kami pun mengikutinya berkumur, kemudian beliau mengimami kami solat Maghrib dan tidak berwudhu lagi."
(Riwayat al-Bukhari)
Kita dianjurkan untuk berkumur setelah makan. Di antara hikmahnya adalah untuk menjaga kebersihan mulut.
14. MENJILAT JARI SESUDAH MAKAN
Rasulullah SAW memerintahkan umatnya menjilat jari sesudah makan. Baginda SAW bersabda:
إذا أكل أحدكم طعاما فلا يمسح يده حتى يلعقها ، أو يلعقها
"Apabila salah seorang di antara kamu selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatnya atau makanan itu dijilatkan."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Thabrani, al-Baghawi, al-Haitsami, al-Baihaqi dan Abu Na'im)
Di dalam riwayat lain baginda bersabda:
إِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّهِ الْبَرَكَةُ
"Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan."
(Riwayat Muslim)
15. PEMBANTU MAKAN BERSAMA
Disunatkan untuk mengajak pembantu makan bersama-sama kerana mereka sudah merasa penat lelah menyiapkan makanan tersebut.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَنَعَ لِأَحَدِكُمْ خَادِمُهُ طَعَامًا ثُمَّ جَاءَهُ بِهِ وَقَدْ وَلِيَ حَرَّهُ وَدُخَانَهُ فَلْيُقْعِدْهُ مَعَهُ لِيَأْكُلَ فَإِنْ كَانَ الطَّعَامُ مَشْفُوهًا فَلْيَضَعْ فِي يَدِهِ مِنْهُ أَكْلَةً أَوْ أَكْلَتَيْنِ
Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Apabila pembantu salah seorang di antara kalian membuatkan makanan untuknya kemudian ia datang membawa makanan tersebut kepadanya, sementara pembantu tersebut telah merasakan panas dan terkena asapnya maka hendaknya ia memintanya agar duduk untuk makan bersamanya. Apabila makakan tersebut sedikit maka hendaknya ia meletakkan di tangannya satu atau dua suap."

16. BERDOA SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Di antaranya yang sahih adalah:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَعَ مَائِدَتَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلَا مُوَدَّعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Dari Abu Umamah bahawa Nabi SAW jika mengangkat lambungnya (selesai makan), beliau membaca: 'ALHAMDULILLAHI KATSIIRAN THAYYIBAN MUBAARAKAN FIIHI GHAIRA MAKFIYIN WA LAA MUWADDA'IN WA LAA MUSTAGHNAN 'ANHU RABBANAA (Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, yang baik dan yang mengandung keberkahan di dalamnya, bukan pujian yang tidak dianggap dan tidak dibutuhkan oleh Tuhan) '."
(Riwayat al-Bukhari)
17. LAP ATAU MEMBASUH TANGAN SELEPAS MAKAN
Nabi SAW bersabda:
مَنْ نَامَ وَفِي يَدِهِ غَمَرٌ وَلَمْ يَغْسِلْهُ فَأَصَابَهُ شَيْءٌ فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ
"Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri)."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)
Orang yang tangannya kotor dan tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya terus kotor dan ia boleh menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.
Jika tangan tidak terlalu kotor, maka bolehlah tangan dilap dengan sapu tangan atau tisu sahaja.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَمْسَحَنَّ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا
Dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang kalian makan, maka janganlah ia usap tangannya menggunakan sapu tangan hingga ia menjilatnya atau menjilatkannya!"

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِلَبَنٍ قَدْ شِيبَ بِمَاءٍ وَعَنْ يَمِينِهِ أَعْرَابِيٌّ وَعَنْ يَسَارِهِ أَبُو بَكْرٍ فَشَرِبَ ثُمَّ أَعْطَى الْأَعْرَابِيَّ وَقَالَ الْأَيْمَنَ فَالْأَيْمَنَ
Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW diberi minum susu campur air. Di sebelah kanan beliau ada seorang Badwi, sedangkan Abu Bakar berada di sebelah kiri beliau. Setelah beliau minum, beliau berikan (sisanya) kepada orang Badwi. Beliau bersabda: "Hendaknya dimulai dari sebelah kanan dahulu dan seterusnya."
(Riwayat Muslim)
Meskipun terdapat seseorang yang lebih baik di sebelah kiri kita, kita tetap perlu mendahulukan orang yang berada di sebelah kanan.
19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَاقِي الْقَوْمِ آخِرُهُمْ شُرْبًا
Dari Abdullah bin Abu Aufa bahawa Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi minum kepada suatu kaum hendaklah yang paling akhir minumnya."

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَرِبَ فِي إِنَاءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ فَإِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّمَ
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa minum dengan bejana emas atau perak, maka sebenarnya dia sedang menggodok api neraka di dalam perutnya."
(Riwayat Muslim)
Para fuqaha' Islam sepakat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.

No comments:
Post a Comment