Zikir adalah ubat hati yang resah, zikir adalah penyelesaian segala stress dan tekanan hidup. Zikir membuat kita dekat dengan Allah, bila sudah dekat dengan Allah, adakah kita perlu perkara yang lain? Dengan berzikir anda menjadi hidup, hati anda hidup dan jiwa anda hidup. Saat anda melupakan zikir, anda melupakan Allah yang kemudian mematikan hati dan jiwa anda. Biasakan berzikir seharian sehingga tak ada celah bagi iblis mengoda mu.
Hati ibarat taman, berzikir ibarat anda menyiram bunga-bunga di taman.
Melupakan zikir seperti anda menghapuskan bunga-bunga di taman itu.
Orang yang tidak pernah berzikir ibarat rumah yang tak pernah di
bersihkan, bahkan istana juga akan menjadi usang andai tidak di
bersihkan. Entah anda sedang beribadah, sedang bermain, sedang bekerja,
sedang berehat.. berzikirlah, pastikan anda tetap berzikir saat
melakukan apa saja.
Dalam suatu peristiwa, Ali bin Abi Thalib bertanya kepada Rasulullah...
"Ya Rasulullah, manakah jalan yang sedekat-dekatnya mencapai Tuhan?" Baginda menjawab, "Zikir kepada Allah". Ungkapan Rasulullah "Zikir kepada Allah" itu membawa maksud bahawa dengan mengingati Allah secara tidak langsung akan mendidik hati dalam hal peneguhan dan pengukuhan iman sehingga ia tetap dalam mengingati Allah dan menyintai Allah tanpa berganjak walau sedikitpun.

No comments:
Post a Comment