Sunday, 20 March 2016

AKUI KESILAPAN SENDIRI, MAAFKAN PASANGAN SELALU


Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan..mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan..kerana ALLAH. Sebuah pepatah: "Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan"
Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
Bila sering konflik besar dan kecil datang menduga kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.

No comments:

Post a Comment