Buat para isteri, mencari dan menghitung kebaikan suami adalah salah satu tanda kita bersyukur dengan segala yang ALLAH Subhanahu waTa’ala kurnia dalam hidup ini.
Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan
banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari
kebaikan dalam setiap keadaan..
Mari kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri. Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..
Ayuh bermula hari ini, kita senaraikan SEGALA dan SEMUA perkara baik yang dilakukan suami...lafazkan syukur pada Tuhan. Kesyukuran dibuktikan dengan kebaikan dan ketaatan. Moga kita benar-benar merasakan bahawa ALLAH telah menganugerahkan seseorang yang teramat baik untuk kita mengharungi kehidupan ini.
Moga dengan kebaikan suami yang kita cari, syukuri dan hargai – ALLAH akan menambah lebih banyak nikmat dalam rumahtangga kita dan memberkati pernikahan ini hingga kita merasa qana’ah sebagai seorang isteri. “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah” (Hadis riwayat Ahmad & AT-Tirmizi)
Moga hati-hati ini sentiasa menghitung dan mensyukuri setiap sesuatu yang KAU hadirkan dalam hidup kami Ya ALLAH…

No comments:
Post a Comment