Tuesday, 29 March 2016

Jangan Mudah Lupa

Allah beri kita kenikmatan yang cukup banyak.
Allah berikan semua itu supaya kita sentiasa ingat kepada Allah yang tidak pernah putus putus memberi nikmat.

Tapi kita selalu lupa kepada Allah.
Allah berikan kita nikmat banyak banyak supaya kita tidak lupa kepada orang lain juga.
Kerana Allah SAYANGkan kita.
Kadang kadang Allah uji kita. Allah tarik sikit supaya kita tak LALAI dan lupa kepadaNYA.
Ketika Allah rindukan pada HAMBANYA, Allah akan mengirimkan sebuah hadith istimewa melalui MALAIKAT JIBRIL yang isinya adalah UJIAN.
Dalam Hadith ALLAH berfirman:
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya"
HR Thabrani dari Abu Umamah

Allah suka orang yang selalu ingat pada DIA.
Abu said dan Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.WBersabda:
"Seorang muslim yang ditimpa Penderitaan, Kegundahan, Kesedihan, Kesakitan, Gangguan dan Kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semua itu adalah kaffarah(penebus) dari dosa-dosanya".

Sebab itu Allah terus beri nikmat. Sebab kita takkan lupa pada Allah yang maha pemberi NIKMAT.

INGAT!!!..Apa yang kamu makan akan habis. Apa yang kamu beri akan kekal


No comments:

Post a Comment