Saturday, 5 March 2016

Hati Yang Diuji

Assalamualaikum...
7/3/2016 12:12pm

Jika tiada ujian dan dugaan, bukanlah kehidupan namanya.

Kenapa aku diuji?
Jawapan: Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman sedang mereka tidak diuji?"
"Dan sesungguhnya kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam idamkan?
Jawapan: Surah Al-Baqarah ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Kenapa ujian seberat ini?
Jawapan: Surah al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Rasa kecewa?
Jawapan: Surah Al-Imran ayat 13
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman.

Rasa sedih?
Jawapan: Surah Al-Taubah ayat 40
"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.

Bagaimana harus menghadapinya?
Jawapan: Surah Al-Imran ayat 200 & Surah Al-Baqarah ayat 45
" Wahai orang orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan. Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan Jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang orang yang kusyuk.

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Jawapan: Surah Al-Taubah ayat 111
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang Mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

Kepada siapa aku berharap?
Jawapan: Surah At-Taubah ayat 129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadamu aku bertawakal.

Aku sudah tidak dapat bertahan lagi...
Jawapan: Surah ayat 12
"Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir.

#Masalah umpama warna dalam kehidupan. Tiada warna, maka pudarlah dunia.

Tabah dan sabar...😉

No comments:

Post a Comment