Mungkin sesetengah orang sekali atau tidak pernah langsung menangis ketika dalam solat. Dan ada orang yang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah, bertaubat. Ada orang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan. juga ada orang menangis ketika solat kerana cintakan Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana takut akan seksaan Allah atau
mengharap keampunan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai
Pemerintah Alam Yang Maha Berkuasa. Kita adalah hambaNya, Allah yang
menentukan nasib kita.
Orang yang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan atau kesedihan, adalah orang yang meletakkan dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah, Maha Kaya. Orang ini tahu yang dia adalah hamba dan tidak punyai apa-apa pun. Macam dalam kisah Nabi Ayub a.s, Nabi Ayub a.s menangis, mengadu dan mohon kepada Allah tentang penyakit dirinya. Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya, kehilangan harta kerana penyakitnya dan dibenci orang kerana penyakitnya. Tapi Nabi Ayub a.s tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana cintakan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekasihnya. Menangis ketika sembahyang itu maknanya jiwa seseorang itu dekat dengan Allah. Sentiasa bertawadhuk, malah hati yang sentiasa dengan Allah akan selalu menangis bila melihat kemungkaran. Hatta sesaat dia lupa dengan Tuhan dia akan merasa bersalah. Kita hendaklah selalu memohon kepada Allah agar hati kita tidak lalai dari mengingati Dia.
Orang yang paling hebat adalah seorang yang bangun tengah malam lalu berwuduk dengan sempurna dan mengerjakan solat dua rakaat dan menitiskan setitik air mata sedangkan sesiapa pun tidak mengetahuinya. Orang itu sangatlah istimewa disisi Allah SWT. Dimuliakan oleh Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya serta mendapat ganjaran dari ibadahnya. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment