Sahabat yang dirahmati Allah SWT, Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin. Sememangnya senang untuk kita mendapatkan syurga Allah jika kita melakukan suruhanya dan mudah juga untuk kita ke nerakanya jika kita melakukan larangannya. Tidak dinafikan bahawa Allah itu maha besar dan setiap perbuatan kita ini akan dihisap diakhirat kelak. Jika kita mencari jalan redha Allah adalah dengan ikhlas dan bukan beribadat kerana ingin balasan semata-mata. Jika kita ingin kesyurga ibadat kita itu adalah kerana Allah ta'ala bukan kerana apa yang bakal kita dapat.
Di sebalik pahala ada "suka". Di sebalik syurga ada "reda". Maknanya
Allah memberikan pahala kerana Dia suka akan amalan kita. Allah
mengurniakan syurga apabila Dia reda dengan kita. Tiada siapa boleh
mewajibkan Allah memberi pahala dan syurga. Boleh jadi suatu amalan
berpahala sepatutnya, tetapi berdosa kerana Allah tidak suka. Contohnya
kita menderma tetapi niat di hati menanti apa orang akan kata. .Asalkan
saudara yakin akan segala amalan kita itu kerana Allah bukan ganjaran
semata-mata. Kerana usaha itu tangga ke syurga.
Sum'ah. syirik, riyak, takbur dan banyak lagi perkara yang boleh membuang suka dan reda Allah pada amalan syurga dan berpahala kita. Jadi semak diri selalu, adakah setiap amalan syurga atau berpahala yang kita lakukan demi Allah suka dan reda?
Sum'ah. syirik, riyak, takbur dan banyak lagi perkara yang boleh membuang suka dan reda Allah pada amalan syurga dan berpahala kita. Jadi semak diri selalu, adakah setiap amalan syurga atau berpahala yang kita lakukan demi Allah suka dan reda?
No comments:
Post a Comment