Sisihkan air mata saat diri dihina, hapuskan derita di dalam...hiduplah dalam ketenangan rahmat ilahi
Fitrah
manusia memang terlalu sukar untuk menerima penghinaan. Tidak kira apa
jua bentuk penghinaan yang dihadapi lantaran diri merasa tidak berguna,
tidak bernilai, sentiasa dirundum kesedihaan, berendam air mata kedukaan
dan kadangkala menimbulkan perasaan amarah. Betapa manusia itu apabila
diuji maka emosi akan menjadi celaru dan ketidakpuashati mula berputik
dalam diri. Namun sedar atau tidak hidup bergelumang dengan kepelbagaian
emosi ini akan menjadikan jiwa tidak tenteram. Ke mana sahaja pergi
perasaan itu akan sentiasa bergolak. Maka seronokkah hidup ini jika diri
sentiasa tidak tenang?. Apa erti sebuah penghinaan? Tidak ada
apa-apa keberuntungan yang diperolehi baik yang menghina dan juga yang
dihina. Manusia yang suka menghina orang adalah manusia yang tidak sedar
akan diri bahawa diri manusia ini sebenarnya memang hina disisi Tuhan.
Hina adalah kerana sering melakukan dosa, setiap kekurangan diri tidak
pernah diperhati melainkan melihat kehinaan orang lain. Bagi yang dihina
yang merasakan dirinya tercabar maka tabahlah menghadapinya kerana
tidak kemanapun penghinaan itu. Ingatlah, sedangkan para nabi, rasul dan
juga Allah pun dihina oleh manusia-manusia yang kufur dan mati jiwanya
inikan pula kita manusia biasa. Kesabaran itu puncak kemenangan diri,
bila diri ini dihina bersabarlah dan tabahlah menghadapinya. Sisihkan
air mata saat diri dihina, muliakan diri dengan Islam biar hina di mata
insan tetapi tidak dihadapan Allah swt.
No comments:
Post a Comment