Ya ini yang paling susah dan paling bahaya...LISAN!! . Ramai di antara kita pasti bermasalah bab lisan..yang perlu diingat apa yang kita ucapkan mencerminkan diri kita..lebih baik diam jika tak mampu bicara yang baik baik.
Janganlah kita tuduh, hasut atau mereka-reka cerita yang kita sendiri
pun tak pasti kesahihannya. Kenalilah dulu latar belakangnya, akhlaknya
dan budi bahasanya. Sebab 1 hari nanti, kita pasti akan menyesal dengan
apa yang kita dah buat kepada seseorang yang kita aniaya tadi. Ingat!
Doa orang yang teraniaya sangat makbul.
Cubalah untuk berakhlak baik dengan sesiapa pun orang sekeliling kita. Tak kisahlah dia tu baik ataupun tak dengan kita. Mana tahu dengan akhlak kita yang baik ni, orang yang tak baik dengan kita ni, alhamdulillah berubah menjadi baik. Siapa tahu? Yang penting, kita sabar, doa (solat), berserah dan percaya yang Allah tu Maha Berkuasa. Sebab,tak ada perkara yang mustahil bagi Allah.
Belajarlah untuk menjadi seperti akhlak Rasulullah S.A.W yang suka tersenyum, sopan dan menolong sesiapa sahaja yang memerlukan. InsyaaAllah, kita akan menjadi seorang yang baik.
Bersahabatlah dengan orang yang akhlaknya baik, sebab bila kita bersahabat dengan mereka yang baik akhlaknya, bila kita nak buat sesuatu yang tak elok,kita akan rasa segan dan kita berlakon buat benda baik. So, bila kita dah selalu berakhlak baik, ia akan menjadi tabiat dan kebiasaan manakala benda yang tak elok tu, kita dapat tinggalkan secara perlahan-lahan. Mari senantiasa jaga lisan kita. Kelak akan ada masa dimana seluruh perkataan kita akan dipertangungjawabkan. InsyaaAllah.. Yang penting kesungguhan dan istiqomah kita.
Rasulullah bersabda. "Sesungguhnya umatku yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah yang paling lembut tutur kata, paling mulia akhlaknya, paling rendah hati, dan senang menyesuaikan diri dengan sesama, namun tetap dalam sunnahku" (Ath Thobrani). Semakin beriman, semakin bertaqwa, semakin senang ibadah, semakin semangat amal soleh, semakin mulia akhlaknya, semakin sibuk dan asyik memperbaiki dirinya, sama sekali tidak tertarik mencari kekurangan apalagi aib orang lain. sederhana akhlak ini tetapi luar biasa, membuat empu akhlak ini sangat bahagia sebelum dibahagiakanNya di Akhirat kelak..

No comments:
Post a Comment